UBN Najib Altantuya: Puak Mat Said Dan Ideris Jusoh Berbalah, Rakyat Jadi Mangsa

Perbalahan di kalangan ADUN Umno yang terdiri daripada kumpulan pro mantan Menteri Besar Datuk Ideris Jusoh dan kumpulan pro Menteri Besar Datuk Ahmad Said di Terengganu semakin parah.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut berkata, tindakan ADUN-ADUN berkenaan jelas merugikan rakyat apabila mereka tidak lagi berfungsi dalam sidang DUN berkenaan.

Kedua-dua kumpulan berkenaan sanggup mengenepikan tugas untuk membela rakyat khususnya dalam Sidang DUN.

“Sebelum ini 10 hingga 11 ADUN Umno tidak hadir persidangan dengan alasan menerima SMS ugutan bunuh, bila disiasat mereka sendiri yang rancang walaupun pegawai kerajaan jadi kambing hitam.

“Kalau dulu tidak hadir mesyuarat, sekarang hadir tetapi dalam keadaan tidak bersuara, soalan tidak dibuka, tidak bercakap dan tidak berfungsi sebagai ahli Dewan. Saya rasakan suasana nampak parah antara dua kumpulan dalam Umno Terengganu payah hendak diselesaikan pada peringkat ini,” katanya.

Percakaran sesama mereka, menyebabkan rakyat di negeri berkenaan gagal mendapatkan hak royalti minyak mereka yang dirampas kerajaan sejak Pas memerintah pada tahun 1999.

Beliau menyifatkan pergaduhan berkenaan berlaku atas kepentingan kroni bagi mendapatkan projek dan bukannya untuk membela rakyat.

“Saya kemukakan satu usul dalan sidang DUN 25 dan 26 Ogos lalu tetapi ditolak, maknanya mereka bergaduh yang rugi rakyat. Mereka tidak boleh bersatu bagi memastikan hak kita rakyat Terengganu dapat balik hak mereka.

“Pergaduhan dan perbalahan bukan soal perkara asas nak bela rakyat dan negeri. Mereka gaduh sebab tidak puas hati bila Ideris jadi Menteri Besar jaga kroni dia dan bila Ahmad Said jadi Menteri Besar, dia ketepikan kroni Ideris dan ada kroni sendiri,” katanya.

Wahid berkata kegagalan Umno-BN memerintah Terengganu jelas apabila negeri berkenaan menjadi negeri kedua mempunyai rakyat paling miskin di Malaysia walaupun mempunyai sumber minyak sendiri.

Sehubungan itu, Pas Terengganu berusaha membuka mata dan minda rakyat mengenai kegagalan Umno-BN sekali gus cuba menarik sokongan rakyat.

“Kita beri penjelasan pada rakyat termasuk anggota Umno supaya mereka faham politik. Apa yang hendak diharapkan pada Umno dan pemimpin mereka dalam keadaaan begitu? Tidak membela rakyat sendiri, sekarang rakyat Terengganu nombor dua rakyat paling miskin dalam negara.

“Negeri kaya sumber minyak dan bajet negeri antara tertinggi tetapi rakyat miskin ramai ada sesuatu yang tak kena. Hasil negeri kaya tapi rakyat miskin ramai inilah kegagalan kerajaan pihak pimpinan Umno,” katanya.

Wahid berkata kini terdapat satu corak kesedaran yang cukup baik di Terengganu apabila rakyat mula memahami keadaan yang berlaku.

“Satu trend kesedaran cukup baik dan bila mereka mula faham dan dapat bezakan waktu Pas menang walaupun 4 tahun dan dinafikan hak duit royalti yang begitu banyak, tapi kita bekerja dan pastikan pentadbiran memberi tumpuan untuk kebaikan rakyat berbanding mereka.

“Penyelewengan yang jelas, perbelanjaan yang tidak dapat dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat kononnya buat bangunan yang hebat tetapi rosak, bocor, mendap, runtuh. Dalam keadaan begitu terus bergaduh dan berbalah,” kataya.

Mengulas mengenai desas-desus ADUN berkanan akan lompat parti , Wahid berkata sehingga kini ianya hanya sekadar cakap-cakap dan beliau yakin ADUN-ADUN berkenaan tidak berani untuk lompat parti bagi menjaga kepentingan poltik mereka.

Katanya, Pas tetap dengan pendirian tidak akan menerima ADUN yang lompat parti hanya kerana atas dasar tidak berpuas hati.

“Kalau mereka datang hendak lompat atas dasar nak ikut dasar yang diperjuangkan kita alu-alukan tetapi kalau atas dasar tidak puas hati bagi kami kumpulan Ideris Jusoh atau Ahmad Said serupa dua kali lima.

“Bila masih jadi ahli dan wakil rakyat pemerintah pelbagai keistimewaan mereka dapat . Bila lompat parti mungkin dari segi masa depan politik mereka habis,” katanya.
-tvantara.com-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan