Roslan Shahir Mohd Shahir | |
PAS Selangor terkejut dengan kenyataan bekas MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung ugutan bunuh yang beliau terima melalui surat yang dikirim kepadanya yang di alamatkan ke pejabatnya di Sungai Panjang baru-baru ini. PAS Selangor bersetuju dengan tindakan beliau membuat laporan polis dan berharap agar pihak polis menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi. Sesungguhnya budaya mengugut sedemikian rupa bukanlah budaya rakyat Malaysia apalagi penyokong Pakatan Rakyat khasnya dari PAS. Bagi PAS Selangor sendiri isu untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor samada melalui usaha Dr Khir atau Umno dan BN Selangor tidak akan menjadi realiti malah dianggap tidak berasas sama-sekali oleh kerana kesapaduan dan mantapnya gandingan kerajaan Pakatan Rakyat ini apalagi majoroti besar yang diperolehi oleh gabungan ini selepas PRU ke 12 lalu. PAS Selangor menafikan kenyataan Dr Khir bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ini lemah sebaliknya sokongan rakyat terhadapnya terus kukuh dan sehingga kini pencapaian yang diperolehi dalam membela nasib rakyat serta membawa kemudahan dan pembangunan kepada rakyat menerima sambutan yang baik seluruh Selangor. Ketelusan dan amalan bersih yang dibawa oleh pentadbiran Pakatan Rakyat sehingga kini terus menjadi sebutan rakyat berbanding kerajaan terdahulu di bawah Dr Khir. PAS Selangor yakin tiada apa-apa yang malang akan berlaku ke atas Dr Khir dan dalam waktu yang sama berharap agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menyoal-siasat beliau baru-baru ini terhadap beberapa pertuduhan rasuah akan segera selesai menjalankan tugas mereka dan jika mempunyai asas segera mendakwa Dr Khir di mahkamah. Jangan kes apa yang dikatakan ugutan bunuh ini menghalang penyiasatan pihak lain. Ketua Penerangan PAS Selangor. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan