Hamdan MS & Nazri Abdullah | |
TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang. Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu9 Teluk Kemang. Zulkefly bakal berdepan calon Umno Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi. Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberpa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkifli yang dilihat serba serbi bersih rekodnya. Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkifli adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat. Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini. Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan masjis tersebut. Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi. Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut : NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR PROFESION: AHLI PERNIAGAAN UMUR: 45 TAHUN TARIKH LAHIR: 14/5/1964 KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM) NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI ANAK:6 ORANG AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN FARAH WAHIDAH 18 TAHUN MOHAMAD FADLI 14 TAHUN MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN JAWATAN DALAM PAS: PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG) TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007) SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005) EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005) PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005) TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004) KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001) BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999) LAIN-LAIN JAWATAN: 1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA 2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN PENGALAMAN KERJA: 1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD. 2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD. 3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD. 4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR. 5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD. 6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA. Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa. Beliau dijangaka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang. |
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamlebih 2000 penyokong PAS mai masa proses pengumuman calon? huhuh..ble lawan ker ngan penyokong ISA yang datang tadi? agak2? Parti Bertopengkan Islam (PAS) bakal kalah di Bagan Pinang.. Bagan Pinang akan menyaksikan kebangkitan UMNO Barisan Nasional..
BalasPadamanakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com