Sofi Wahab, Melaka. | |
Hari ucapan Khairy Jamaluddin pada perhimpunan Pemuda Umno semalam saya membayangkan betapa banyaknya duit Umno sehingga boleh memberikan peruntukan kewangan kepada setiap bahagian Umno di seluruh negara. Dalam ucapannya, Khairy memohon dan merayu kepada pucuk pimpinan parti agar peruntukan terus disalurkan kepada Pemuda setiap bahagian di seluruh Malaysia agar usaha permerkasaan pergerakan tersebut dapat dijalankan. Katanya, ia adalah ekoran daripada peruntukan untuk setiap bahagian di seluruh Malaysia akan ditambah. "Saya pohon dan merayu kepada Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) agar peruntukan itu disalurkan terus kepada Pemuda Umno bahagian. "Bukan tak percaya dengan ketua bahagian... tetapi kita nak tentukan Pemuda dapat menentukan sendiri apa yang berhak dengan peruntukan tersebut," katanya. Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata demikian dalam ucapan penggulungan di hadapan 795 perwakilan Pemuda di Dewan Tun Dr Ismail lewat petang semalam. Banyak betul duit Umno, mana mereka dapat duit sebanyak itu? Siap ada peruntukan untuk setiap bahagian macam Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan