Gangsterism, Undi Pos Sekat Kemaraan PR Tawan N9 / UBN Najib Altantuya

Calon PAS Pilihanraya Kecil N31 Dewan Udangan Negeri Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad Omar menerima keputusan pengundi Bagan Pinang dan melihat faktor ketakutan yang ditimbulkan UMNO Barisan Nasional sebagai faktor kekalahan pilihanraya kali ini.

Beliau juga tidak menolak faktor undi pos yang turut membawa kepada kekalahannya.

"Kita terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Dalam masa yang sama kami akan berbincang untuk baiki sistem undi pos. Kami juga akan meneliti permasalahan kejadian pergaduhan dan proses menakut- nakutkan pengundi semasa pilihanraya ini berlangung," ujarnya.

Pilihanraya kecil yang berlangsung semalam menyaksikan tindakan ganas penyokong UMNO Barisan Nasional membaling batu kepada penyokong Pakatan Rakyat di Pusat Pembuangan Undi Telok Kemang.

Tindakan mereka menimbulkan provokasi dengan memanggil penyokong PAS sebagai anjing dan babi dan pelbagai kata- kata kesat yang lain.

Krew Tv Antara yang turun ke lokasi melaporkan polis dan Unit Simpanan Persekutuan hanya bertindak sebagai pemerhati tanpa sebarang usaha untuk memulihkan keadaan berkenaan.

Pilihanraya kecil kali ini juga menyaksikan peningkatan ketara jumlah undi pos yang dipercayai turut menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menawan kubu kuat UMNO Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya SPR merombak proses pengundian pos bagi memastikan pengiraan yang telus dan bersih. Undi tentera DUN ini sahaja mencecah 5 ribu undi dan menjadi batu halangan besar kepada gagasan kerajaan alternatif menewaskan calon pemerintah di Bagan Pinang.

UMNO Barisan Nasional meraih 8,013 undi berbanding Pas 2,578 undi, peningkatan sebanyak 1583 undi dari keputusan PRU-12 8 Mac tahun lalu.

Sementara itu, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata tindakan ganas penyokong UMNO Barisan Nasional membawa budaya samseng menakut- nakutkan pengundi amat dikesali dan merosakkan suasana meriah pilihanraya.

"Kita terima dengan seadanya. Ada beberapa perkara yang akan kita dedahkan. Ada 2 perkara yang bagi saya menggugat piliharaya kecil. Pertama undi pos. Sistem undi pos ini akan kita perbaiki supaya sistem ini telus dan bersifat demokratik. Kedua budaya gensterism. Budaya ini menakut- nakutkan pengundi untuk keluar mengundi. Ini turut mempengaruhi undian pada pilihanraya kali ini," katanya lagi.

Pilihanraya kali ini amat kontra sekali dengan pilihanraya kecil DUN Penanti Mei lalu yang disifatkan sebagai pilihanraya teraman oleh SPR. Ini berikutan UMNO Barisan Nasional tidak meletakkan calonnya pada pilihanraya berkenaan.
-tvantara.com-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan