Harakahdaily | |
SHAH ALAM, 1 Okt: Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa dalam soalannya kepada abang Teoh Beng Hock, Teoh Meng Kee membuat andaian simati tidak mempunyai cukup wang untuk mengadakan majlis perkahwinannya. Ini kerana, gaji bersih Beng Hock sebulan hanya RM1,800 sahaja sedangkan majlis dia memerlukan wang sebanyak RM20,000 sebulan untuk majlis perkahwinannya. Abd Razak membuat andaian bahawa Beng Hock tidak mempunyai sejumlah wang yang banyak untuk dibelanjakan pada majlis perkahwinan sedemikian kerana gaji bulanannya hanyalah RM1,800. Meng Kee, abang kedua Beng Hock dalam keluarga empat beradik itu berkata adiknya Beng Hock mempunyai wang simpanan, namun dia mengaku tidak tahu berapa jumlahnya. Meng Kee memberikan keterangan dalam sessi inkues kematian adiknya, Teoh Beng Hock di pejabat SPRM Selangor dekat Plaza Masalam. Inkues berlangsung di depan Koroner Azmil Muntapha Abbas. Sebelum itu, Abd Razak bertanya Teoh Meng Kee sama ada dia tahu berapakah kos keseluruhan untuk mengadakan perkahwinan bagi kaum Cina termasuk kos majlis makan malam, kereta mewah dan sebagainya. Meng Kee berkata, "lebih kurang RM20,000" Abd Razak membuat andaian bahawa Beng Hock tidak mempunyai sejumlah wang yang banyak untuk dibelanjakan pada majlis perkahwinan sedemikian kerana gaji bulanannya hanyalah RM1,800. Meng Kee berkata adiknya Beng Hock mempunyai wang simpanan, namun dia mengaku tidak tahu berapa jumlahnya. Sebelum itu, Teoh Meng Kee bersetuju dengan soalan Razak bahawa mendiang adiknya membuat keputusan untuk berkahwin pada usia yang muda kerana teman wanitanya, Soh Cher Wei sedang mengandung. Sebelum itu, Teoh Meng Kee berkata dia mengetahui mengenai berita kematian adik bongsunya itu melalui adik perempuannya, Li Lan pada 16 Julai, pukul 5 petang. Sebaik sahaja menerima berita tersebut, dia bergegas terus ke Plaza Masalam, Shah Alam. Dia juga berkata, adiknya, Teoh Beng Hock tidak pernah menceritakan masalahnya kepada keluarga sebelum kematiannya. Dia juga memberitahu, adiknya ingin mengadakan majlis makan malam sempena majlis perkahwinannya pada 3 Oktober. Dia juga menyifatkan Beng Hock sebagai "seorang yang penyayang dan suka menolong." |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan