Hamdan MS | |
TELOK KEMANG, 7 Okt: Calon Barisan Nasional di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad perlu melunaskan "hutang" dengan peneroka Felda Senayan dan LBJ. Masalah yang menimpa peneroka-peneroka ini bermula semasa Isa menjawat jawatan menteri besar dan masih tidak dapat diselesaikan hingga sekarang. Salah seorang peneroka terbabit, R Thangam yang hadir di sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Teluk Kemang di sini mengecam keras bekas menteri besar terbabit yang didakwa bertanggungjawab dalam kes ini. Menurutnya lagi, pada tahun 1996, pihak kerajaan telah mengambil tanah peneroka Felda Sendayan secara paksa dan sehingga kini gagal menyelesaikan pembayaran kepada peneroka Felda tersebut. R Thangam juga mendakwa bahawa walaupun laporan dibuat kepada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) pada ketika itu, namun semuanya menemui jalan buntu. Dalam perjanjian tersebut, pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan telah bersetuju untuk memberi 2 ekar tanah pertanian yang bernilai RM348,500 dalam pakej yang disewrtakan dengan sebuah rumah. Pihak PKNNS juga berjanji akan membayar seluruh amaun tersebut. Peneroka pada walnya telah dijanjikan tanah lot dan 2 ekar tanah pertanian, namun disebabkan kemerosotan ekonomi pada ketika itu, perlaksanaan pembelian tersebut dianggap gagal. Justeru itu, pihak kerajaan negeri mula memajakkan tanah tersebut kepada Syarikat ZNB Enterprise tanpa pengetahuan mereka. Namun rancangan kerajaan negeri baharu di bawah Datuk Mohd Hassan juga menampakkan penyelewengan apabila rekod menunjukkan Syarikat Tanah Datar yang dipajakkan telah dibatal pendaftarannya oleh pihak Pendaftar Syarikat. Menurut R Thangam lagi, perkara tersebut juga telah dilaporkan ke Biro Pengaduan Awam Putrajaya pada Jun 2008. Seorang lagi peneroka, Saparudin Mohd Yasin juga mendakwa bahawa pihaknya juga telah dibohongi oleh kedua pimpinan itu. Menurutnya, segala keputusan pada waktu itu ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Kerja Kampung (JKKK) pada waktu itu. Saparudin menjelaskan bahawa perkara itu masih belum dapat diselesaikan sehingga kini. Mereka juga mengatakan bahawa pihak menteri besar sengaja tidak mahu bertemu untuk menyelesaikan perkara tersebut. Felda LBJ yang telah dijual kepada Tabung Haji oleh PKNNS kini dinamakan Bandar Enstek. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan