Kenapa Dr M bangkitkan isu babi ketika Isa bertanding? / UBN Najib Altantuya

Penarik Beca

Saya ucapkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana sudi membangkitkan apa yang PAS terlepas pandang. Semalam, dalam berita bertajuk "Malap jika pembangkang tadbir Malaysia," Malaysiakini melaporkan Dr Mahathir berkata:"Dia (PAS) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).

"Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali".

Mula-mula saya baca berita tu, saya punya la tergelak. Bila pulak PAS suruh orang Islam atau orang Umno sekalipun pi bela babi? Saya dok tanya dalam hati, awat Dr Mahathir bercakap tak ketahwan?

Tetapi bila bersembang dengan kawan pagi tadi, baru saya yang tak nampak jauh ni tersedar. Orang tua tu memang jenis long range bila dia bercakap, kata kawan saya. Jenis "a plan within a plan within a plan within a plan" - entah berapa banyak plan dalam plan.

Kawan saya dok rasa, Dr Mahathir nak alih dari isu politik wang kepada isu babi. Saya harap para pemimpin PAS yang berkempen di Bagan Pinang boleh kaji kenapa, dalam artikelnya yang bertajuk "
Abdul Rahim Abu Bakar, the Hang Jebat of Pahang," Raja Petra Kamarudin tulis seperti berikut:

States like Negeri Sembilan, which did not have too much timber land left, the ‘concessions’ would be in the form of pig farm licences. Why do you think they call that state Negeri Sembilan Darul Khinzir?

RPK juga mendakwa:

Rahim Bakar was not the first Menteri Besar to fall because he refused to bow to the Sultan’s demand for timber concessions. Ghazali Jawi of Perak and Nik Hassan of Terengganu too were forced out when they refused to give their Sultans what they wanted.

Isa Samad, in a way, suffered the same fate, but he refused to grant the Negeri Sembilan ruler what His Highness wanted not based on principles but because Isa wanted it all for himself (hmm…let’s hope we meet him in this coming by-election in Bagan Pinang).

Cuba baca posting Hussein Abdul Hamid bertajuk "Bagan Pinang - One Tan Sri. Two Datuks" (versi BM di sini).

Barangkali Dr Mahathir membangkitkan isu babi kerana dia nak suruh kita tanya Isa siapa
Datuk Khoo Chai Kah dari Brem Holding? Apa kaitannya dengan penukaran status tanah untuk penternak babi kepada tanah industri?

Siapa Datuk Dr Yeow Chai Thiam (gambar di sebelah)? Apa kaitannya Centralised Pig Farming Area (CPFA)? Siapa yang mendapat manfaat dari pembangunan infrastruktur projek seluas 5,000 ekar itu?

Harap para pemimpin PAS yang berkempen di Bagan Pinang tak terlepas pandang seperti terlepas pandangnya mereka bila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat Melayu.

Kecuali Haji Mahfuz Omar, saya tak jumpa ulasan pemimpin PAS yang menyambut kutukan Muhyiddin kepada Anwar itu sebagai usaha Muhyiddin membuka jalan kepada pembangkang untuk menunjukkan siapa pengkhianat Melayu sebenarnya.

Bukankah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengorbankan begitu banyak kepentingan Melayu (baca: Umno - bila Umno sebut Melayu, tu solekan luar ja dan pembohong hidup-hidup!) melalui dasar liberalisasinya termasuk mengkudungkan Foreign Investments Committee (
FIC)?

Dalam kenyataannya semalam, Dr Mahathir juga kata:

Dulu PAS kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

Seingat saya, selepas 13 Mei 1969, bila Allahyarham Tun Abdul Razak hantar helikopter ke Kota Bharu untuk membawa Allahyarhan Tan Sri Asri Muda ke Kuala Lumpur untuk berunding (selepas meninjau dari udara kesan-kesan peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur), PAS telah menyertai kerajaan campuran dan selepas itu menganggotai Barisan Nasional (BN) sebelum dihalau keluar macam anjin kepala buruk pada tahun 1978 (masa tu Dr Mahathir kata, PAS lebih bahaya dari komunis dan antara kesalahan PAS ialah melaksanakan hak demokrasinya membuka ranting-ranting parti itu di tanah-tanah rancangan Felda dan di juga di Sri Gading, kawasan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Hussein Onn).

Bila PAS menganggotai BN pada masa itu, dah memang ada dah dalam BN parti-parti seperti MCA dan MIC. Tu tak kira lagi parti Gerakan yang turut menganggotai BN hasil usaha Tun Abdul Razak menyatukan parti-parti politik selepas peristiwa 13 Mei itu.

Kenapa pada masa itu para pemimpin Umno tak tanya PAS pada masa itu: "Hai, tak kafir ka berkerjasama dengan MCA dan MIC di dalam BN?"

Apa pun, pada pendapat peribadi saya, PAS sepatutnya fokus kepada isu integriti, calon
bebas politik wang dan rasuah.

Dr Mahathir pernah berkata, jika terdapat calon-calon yang korup dan tidak cekap, maka penyokong BN
tidak patut mengundi mereka.

Beliau berharap berharap penyokong BN tidak akan mengundi pemimpin yang "korup dan kayu mati".

Bekas Perdana Menteri juga mengecam pengundi-pengundi yang sanggup
menggadai maruah mereka kerana wang RM200, mesin jahit dan jalan tar tanpa memikirkan soal maruah sebagai pengundi dan masa depan rakyat.

Beliau menasihatkan para pengundi supaya mempertahankan maruah negara di dalam pilihan raya dengan menolak sebarang tawaran membeli undi mereka.

Bekas Presiden Umno juga mengingatkan para pengundi supaya tidak membuat pilihan secara membabi buta kerana ia hanya akan memberi mandat kepada pemerintah untuk melakukan apa sahaja secara membabi buta.

Akhirnya, kepada Muhyiddin yang seronok sangat dengan isu Kelantan mundur, nak tanya sikit kat dia. Baru ni, Tan Sri ada pergi Kuala Krai. Ca Tan Sri kira berapa banyak banglo Melayu sekitar Kuala Krai berbanding banglo Melayu di sekitar Pagoh atau Pekan.

Lepas tu baru boleh bincang negeri mana yang maju dan negeri mana yang mundur.

Tan Sri, Pulau Pinang di bawah Gerakan dulu memang maju. Tetapi orang Melayu Pulau Pinang awat pakat-pakat lari sampai ke Mahang atas pada Kulim nu?!

Bacaan menarik:

The intriguing story of the throne behind the power which removed Isa Samad

A state bankrupted by its own royal family
The "development" of Mr ISA (Cruzeiro 5/10/09)

-detikdaily.net-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan