Rizal Tahir | |
TUMPAT, 4 Okt: Kepulangan 50 delegasi Kelantan yang dihantar ke "Misi Tawan Bagan Pinang" disambut bagai perwira oleh rakyat negeri itu hari ini. Delegasi yang di ketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Bharu, Che Abdullah Mat Nawi itu tiba jam 10 pagi ini di stesen keretapi Wakaf Bharu. Kesemua delegasi tersebut adalah mewakili rakyat negeri kelantan dalam usaha membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan raya Kecil N.31 Dun Bagan Pinang yang akan diadakan 11 Oktober ini. Mereka telah berkampung di Bagan Pinang selama tiga hari bermula pada 1 Oktober lalu untuk fasa pertama dan menjalankan aktiviti penerangan dan membantu jentera kempen di sana sebelum pergi untuk kali seterusnya selepas ini. Ketika ditemui, Che Abdullah berkeyakinan penuh calon PAS akan memenangi Dun berkenaan berikutan sambutan masyarakat terhadap kejayaan Pakatan Rakyat menawan hati pengundi di seluruh Negara. Beliau bagaimanapun meragui kewibawaan SPR yang akan berpihak pada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan calon itu pada pilihan raya tersebut. "Suara rakyat termasuk penyokong BN sendiri telah mendakwa calon mereka telah tewas di Bagan Pinang sebelum penamaan calon lagi, namun tindakan SPR yang sekongkol dengan BN dibimbangi akan merubah kejayaan Pakatan," ujarnya. Jelasnya lagi, rakyat di Negeri Sembilan khususnya di Bagan Pinang inginkan perubahan sebagaimana di lima buah negeri lain termasuk Kelantan yang telah menerajui perubahan hampir 20 tahun. Menurutnya lagi, pada masa yang sama rakyat sudah tidak meyakini pentadbiran Umno dan BN kerana pemimpin mereka sudah tidak ada yang bersih termasuk calonnya sendiri. "Kalau dah calon yang bakal bertanding telah diistiharkan tidak bersih oleh parti mereka sendiri, kenapa perlu rakyat memilih calon BN,"ujarnya lagi. Turut turun berkempen di Bagan Pinang, isteri Che Abdullah, Saliha Yacob, Anggota Jawatankuasa Muslimat PAS Dun Wakaf Bharu, Ketua Pemuda Dun Wakaf Bharu yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat, Haji Rosli Abdullah. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan