Keris kontroversi tidak diarak lagi / UBN Najib Altantuya

Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda Umno tahun ini tidak sama seperti persidangan pergerakan itu tahun lalu kerana terdapat perubahan paling jelas iaitu tiadanya acara perarakan keris Panca Warisan.

Malaysiakini mendapati, perubahan tersebut bagaimanapun tidak diumumkan oleh urusetia atau kepimpinan Pemuda sebelum ucapan perasmian daripada ketua Pemuda Khairy Jamaluddin.

Ini bermakna, acara perarakan keris tersebut dan dihunuskan, yang dilakukan oleh Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika menjadi ketua Pemuda Umno tahun lalu, adalah kali yang terakhir yang dilakukan.

Upacara mengarak dan menghunus keris tersebut sebelum telah menimbul rasa tidak senang di kalangan masyarakat bukan Melayu, termasuk dari kalangan parti-parti komponen BN sendiri.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan