Kita Berbeza............

Aris Awang

Pemuda dan pemudi ku,
Kita berbe
[DSCN0715.JPG]za, yang aku maksudkan 'kita' ialah, jamaah kita, perjuangan kita, halatuj u kita, pembawaan kita, cara berfikir kita berbanding dengan organisasi lain, lebih-lebih lagi parti politik lain di atas muka bumi Malaysia ini.

Ini penting ditekankan semula kepada aku dan kamu semua pemuda dan pemudi ku agar kita tidak terjebak dengan penafsiran yang dilakukan oleh berbagai pihak sehingga kita berfikir bahawa perjuangan kita ini adalah sama seperti parti-parti politik lain yang tidak ada apa-apa tujuan melain untuk tujuan keduniaan dan paling tinggi ialah untuk tujuan kemanusiaan semata-mata. Ingin aku tegaskan bahawa kita tidak begitu perjuangan kita ialah akan membawa merentasi dari dunia ini sehinggalah ke alam kehidupan selepas kematian yang kekal abadi.


Pemimpin boleh datang dan boleh pergi, tetapi perjuangan yang telah di gariskan didalam perlembagaan kita, yang kita yakini ia disusun dan di bina tanpa ada tujuan lain selain dari menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Kesalahan, keganjilan, kefasadan adalah dilakukan oleh manusia yang memimpin atau manusia yang menyertai sesebuah jamaah ini, jamaah tetap mulia dan dihormati selagi perlembagaannya meletakkan asas utama itu.

Pemuda dan pemudiku, rujuklah perlembagaan jamaah, bertanyalah kepada diri sendiri adakah kita masih berada dilandasan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan ataupun kita telah turun dari landasan perlembagaan. Apakah usaha-usaha yang diarahkan oleh perlembagaan telah dilaksanakan oleh kita dengan penuh kesungguhan demi mencapai matlamatnya.

Lihat sahaja usaha yang pertama: Fasal 6. (1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. dan (2) Memperjuangankan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

Renungilah diri kita sendiri secara sedar dan insaf, setakat manakah 2 usaha diatas telah kita lakukan secara yang maksimum berdasarkan kemampuan kita? Pepatah Melayu mengatakan, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Apakah kita masih bertahan untuk hidup seratus tahun lagi, atau seribu tahun lagi untuk mengelak dari berhadapan dengan Rabul Jalil dan akan ditanya tentang usaha yang telah disepakati bersama sejak 1951, tetapi ianya hanya terabai didalam perlembagaan jamaah seperti terabai ayat-ayat suci Al-Quran di mushafnya sejak penjajahan dunia barat ke atas negara umat Islam, dengan hancurnya tamadun Islam.

Ya, kita berbeza dari organisasi politik lain, jangan hiraukan cubaaan mereka-mereka yang ingin menyamakan perjuangan kita dengan perjuangan parti-parti politik lain, jangan hiraukan mereka yang cuba melunakkan agar kita meninggalkan perjuangan asasi ini, iaitu perjuangan menyambung tugas para nabi dan rasul a.s yang tercatat dalam sejarah amat sedikit bilangan mereka ini yang berjaya memerintah di atas muka bumi ini. Ada yang digergaji sehingga terbelah kepalanya, ada yang dihalau dari negeri asal, ada yang dibunuh mati, ada yang dihina, dicerca dituduh gila, bodoh, tidak bijaksana dan sebagainya.

Dasar PAS ialah Islam, seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR. teruskan perjuangan walaupun kita dilihat berbeza dari mereka dengan suatu pandangan anih serta ganjil!

http://arisawang.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan