Pilih Isa, Umno terus tipu rakyat benteras rasuah / UBN Najib Altantuya

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Bagan Pinang menjelaskan betapa hipokritnya parti pemerintah itu bercakap untuk memerangi rasuah.

Janji mereka sebelum ini dilihat tidak lebih dari cubaan menipu rakyat supaya percaya mereka bersungguh memerangi gejala yang sedang membarah dalam kepimpinan parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata pemilihan isa membuktikan Umno BN tetap menghalalkan rasuah dan seoalah olah perasuah akan diberi penghormatan oleh mereka.

"Umno hipokrit bercakap tentang basmi rasuah, mereka tidak menunjukkan iltizam langsung.

Memilih Isa bermakna mereka tetap halalkan rasuah dan politik wang," katanya.

Laporan Transparency International (TI) sebelum ini menunjukkan ranking Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah jatuh ke tangga 47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45

"Kita kata Israel pengganas, zalim sebab tindas umat Islam. Saya nak kata, perasuah ini juga adalah pengganas, curi harta rakyat dan negara.

"Apatah lagi kita adalah sebuah negara majoriti masyarakatnya adalah Islam," katanya lagi.

Selain itu Mahfuz berkata, ianya juga bercanggah dengan hasrat parti itu yang akan mengadakan himpunan agung mereka hujung Oktober ini.

Himpunan agung tersebut antara lain bakal memberi tumpuan kepada kaedah pembasmian budaya rasuah dan politik wang dalm Umno itu sendiri.

"Tidak mustahil ranking Malaysia akan terus jatuh dari 47 sekarang mungkin ke ranking 50 akan datang," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan