Tidak semudah itu Umno mahu lakukan perubahan? - Dr Haron Din / UBN Najib Altantuya / PKFZ / Nizar

KUALA LUMPUR: Timbalan Musyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din menyifatkan pepatah Melayu jika manusia yang jahat hendak berubah sikap ia perlu berubah sebelum berumur 40 tahun kerana setelah itu dikatakan mustahil atau amat sukar untuk berubah.

Mengulas keghairahan Umno untuk melakukan perubahan dan merakyatkan parti itu, beliau berkata, Umno bukan sahaja tidak berubah setelah 40 tahun malah tidak ada apa-apa kelainan setelah 50 tahun.

Kini tegasnya, Umno sudah menghampiri 60 tahun, maka bagaimana mereka ahli dan pemimpin parti itu mahu berubah?

"Setelah menumpu selama 54 tahun, baru Umno hendak mula berubah. Sempatkah Umno berubah kerana pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Tiga tahun sahaja lagi," ujarnya.

Ustaz Haron berkata, perubahan yang dicanang-canangkan Umno itu seolah-olah ianya semudah perkataan yang dituturkan. Perubahan cakap amat mudah tetapi hendak merubah tabiat, kelakuan dan perangai yang sudah lama bertakhta di hati tidak begitu.

"Apakah boleh berubah begitu mudah?" soalnya lagi.

Beliau turut menempelak pemimpin Umno yang suka menggunakan slogan retorik dalam setiap ucapan mereka. Sudah kesekian kalinya Umno-BN menggunakan slogan retorik tetapi ianya tidak pernah menjadi.

"Contohnya, bersih, cekap, amanah; tidak menjadi, kepimpinan melalui teladan; makan diri, Malaysia negara Islam; senyap sepi, Islam Hadhari; turut di ketepi. Jika mereka tidak berubah sampai sekarang, mereka perlu diubah," tegasnya.

-detikdaily.net-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan