Yayasan Amal bina 14 telaga tiub untuk mangsa gempa / UBN Najib Altantuya / PKFZ

Harakahdaily
PADANG, Sumatera Barat, 20 Okt: Yayasan Amal Malaysia, sebuah pertubuhan amal yang dikaitkan dengan PAS berjaya menyumbangkan 14 telaga air bawah tanah kepada mangsa gempa bumi di Kampung Lubuk Pandan, Pariaman kira-kira 40 km dari Padang.

Kesemua telaga tiub dengan pam itu dipasang oleh pasukan kedua Yayasan Amal yang pulang ke tanah air semalam.

Sumbangan ini sangat bermakna bagi penduduk di situ kerana sumber air mereka kini hanya sungai sahaja sedangkan ia telah banyak tercemar ekoran gempa bumi baru-baru ini.

Yayasan Amal telah menghantar pasukan pertama yang terdiri dari pasukan perubatan sebaik sahaja gempa berlaku.

Pasukan kedua yang terdiri dari 14 anggota ini adalah pasukan teknikal yang mahir dengan pembinaan telaga tiub untuk membolehkan penduduk yang sedang trauma ini mendapat bekalan air bersih.

Mereka berlepas ke Padang melalui KLIA pada 15 Oktober lalu dengan membawa wang tunai dan membeli segala keperluan membuat telaga ini di Padang.

ImageAntaranya motor penyedut air, hos besar, paip dan sebagainya.

Untuk membeli motor sahaja, mereka telah belanjakan RM4 juta Rupiah.

Motor dan paip itu kemudiannya mereka pasang di kawasan-kawasan strategik penduduk yang dilanda gempa itu.

Masjid, sekolah, rumah, kedai semuanya runtuh. Sebahgian kawasan sudah menjadi padang jarak padang tekukur akibat gempa itu.

Pasukan Yayasan Amal ini memberikan fokus kepada kerja-kerja menyiapkan telaga tiub ini sahaja. Mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dengan bantuan aktivis Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di sana.

Pasukan ketiga dijangka akan bertolak beberapa hari lagi. Mereka terdiri dari pasukan perubatan sebagaimana pasukan pertama. Antaranya turut membawa sumbangan yang diberikan pembaca Harakahdaily.

Selain bantuan orang ramai, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM500,000 untuk membantu mangsa gempa di Padang.

Ketika di sana, wakil Harakahdaily turut bertemu dengan kain rentang yang menandakan kehadiran wakil mereka di samping petugas yang dihantar kerajaan negeri Selangor untuk membantu mangsa gempa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan