Benarkah kata Tun Mahathir, PAS Kelantan..... tinggal 12 bulan lagi weeh! / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

tokpepijat
Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.
Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.

Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

Maaf, saya tidak percaya "sumpahan" Mahathir itu benar. Cumanya terfikir juga mengapa beliau ucapkan kata-kata tersebut. Barangkali 2 perkara yang Mahathir fikirkan ketika itu :

1) Zaman golongan veteran UMNO telah berlalu. Karier politik Anuar Musa, Awang Adek, Mustafa Mohammad bakal berakhir. Mereka akan diganti Generasi KEMAS tahun 1990.

2) Umur TG Nik Aziz semakin tua. Jawatan MB akan menjadi perebutan sesama pimpinan PAS.

Melihat pelbagai peristiwa yang "terhidang" setiap hari mengenai politik Kelantan akhir-akhir ini, mungkin mengiyakan kata-kata Dr Mahathir 19 tahun dulu. Lagi pun TG Nik Aziz menganggap Mahathir seorang yang cerdik dan bijaksana. Cumanya beliau seorang berfikiran sekular.
Semoga PAS Kelantan terutamanya pucuk pimpinannya dapat"membatalkan" kata-kata mantan PM itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan