Daripada 16 SAR, kini hanya tinggal 6 di Pulau Pinang / Nizar /pkfz

Ali Hashim
BALIK PULAU, 20 Nov:
Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang ada di Pulau Pinang kini hanya tinggal enam buah sahaja jika dibandingkan dengan 16 SAR yang ada pada tahun 2002 bagi seluruh negeri Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1, Dr.Mansor Othman, fenomena ini adalah kerana kebanyakan daripada SAR yang ada telah pun menyertai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang ditadbir dan diurus selia oleh Kerajaan Persekutuan.

"Walau bagaimana pun kita akan terus menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada mereka bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan Islam di negeri ini.

"Pendidikan dan pembelajaran Islam tidak hanya tertumpu kepada sesi persekolahan sahaja tetapi ia juga sepatutnya menjadi satu mekanisme kepada pendidik untuk mencari jalan yang terbaik dengan menanam nilai murni dan kesucian Islam itu dalam jiwa pelajar."

Mansor juga berkata kerajaan negeri akan terus membantu untuk memperkasakan lagi pendidikan Islam dalam negeri ini supaya ia menjadi satu asas dan landasan untuk membentuk peribadi Muslim yang sepatutnya diterapkan pada awal usia anak-anak lagi.

"Kita juga perlu bersatu padu dalam apa juga kemelut yang datang supaya setiap permasalahan yang timbul akan dapat diatasi dengan baik demi keamanan dan kesepaduan dalam negara," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan