Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir pasti di penjara oleh BN / PKFZ / Zambry / Altantuya

mohdnoorawang
Kes liwat yang direncanakan oleh kerajaan barisan nasional khasnya UMNO di bawah ketuanya Datuk Seri Muhd Najib Razak keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir pasti tetap dihukum penjara oleh mahkamah.
Peluang Anwar untuk tidak dikenakan hukuman teramat tipis jika diambil kira agenda dan senario pertuduhan dan perjalanan perbicaraan yang dikwal rapi oleh pemerintah kerajaan barisan nasional dibawah Najib Razak.

Mungkin pendapat dan perkiraan UMNO dan Najib Razak, jika Anwar dihukum penjara maka lemahlah parti parti dalam pakatan rakyat. Atau perbicaraan ditunda dan dilambatkan, bagi tujuan mengiyakan pertuduhan liwat Anwar.

Hampir 95% peratus rakyat Malaysia tidak percaya dan sangsi kisah liwat Anwar. Ini kerana kronologi kes liwat Anwar jelas dan teramat jelas telah dipattenkan oleh barisan nasional dan UMNO dibawah payung Najib Razak. Malah skrip dan jalan cerita kes liwat Anwar sama sahaja dengan kes liwat era Tun Mahatir semasa menjadi perdana menteri.

Kami ajukan cadangan kepada Datuk Seri Anwar Ibahim dan seluruh keluarganya berhijrah keluar negara. Jika Anwar dipenjara segala gerak kerja dan pandangan atau buah fikiran amat sukar diperolehi oleh pakatan rakyat.

Jika Anwar dipenjara atau akan berhijirah keluar negara siapa yang bakal memimpin pakatan rakyat?. Atau pakatan rakyat lesu dan rebah sama dengan Anwar Ibrahim?....Atau parti Keadilan Rakyat turut rebah?.

Tidak dapat dinafikan DAP dan PAS sukar untuk untuk dimonologkan bersama. Hanya seorang sahaja pemimpin DAP yang boleh duduk bersama dengan PAS ialah Sdr. Lim Kuan Eng.

Walaupun bicara Anwar cukup berliku, yang pasti Anwar tetap dihukum penjara kes liwat yang reka oleh Najib demi kepentingan politik UMNO dan Najib sendiri.

-tranungkite.net-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan