PAS Sedang Diserang? / Zambry / PKFZ / Altantuya

Aku tak tahu bagaimana nak memulakannya kerana isu yang hendak kutulis ini besar implikasinya. Implikasi kepada maruah manusia, implikasi kepada parti dan implikasi kepada aku sendiri kerana apa yang disampaikan boleh jadi benar dan boleh jadi juga andaian atau prejudis aku sendiri.

Setelah aku mengambil sedikit masa, aku memutuskan untuk mendedahkan kebenaran atau kepalsuan ini. Sebelum itu, aku memohon maaf kepada individu yang aku fokuskan.

Aku mengharapkan apa yang aku tulis ini tidak benar kerana aku menyayangi setiap manusia seperjuangan denganku apalagi indivivu tersebut adalah antara pemimpin yang aku hormati atas keintelektualan dan keberaniannya.

Dan tujuan aku menulis ini adalah satu peringatan agar kepimpinan dan ahli-ahli PAS memantau dan merekodkan tindak-tanduk individu yang akan aku maksudkan.

Sebagai parti yang memperjuangkan Islam, tidak mustahil PAS menjadi perhatian musuh. Musuh yang tidak ingin gerakan Islam menguasai persada politik tanah air mungkin datang dari CIA, Mossad atau mungkin juga datang dari UMNO.

Mereka mungkin telah lama merancang untuk menyusup masuk ke dalam PAS selain menyebarkan propaganda di luar sana. Selepas PAS dan Pakatan Rakyat menang besar melalui PRU12, mereka jadi gelabah lebih-lebih lagi apabila analisis politik semasa mengatakan PAS sedang menuju ke Putrajaya bersama-sama Pakatan Rakyat. Mereka mengkhuatiri PAS berjaya mendominasi kejayaan Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Ini membawa malapetaka besar kepada mereka. Bagi CIA dan Yahudi, kejayaan PAS nanti akan menaikkan semangat gerakan Islam global. Bagi UMNO pula, PAS naik bermakna kejatuhan bagi mereka. Jadi inilah masa terbaik untuk merosakkan imej dan momentum PAS.

Persepsi buruk terhadap PAS dan kepimpinannya mesti diperhebatkan. Bertolak dari premis tersebutlah, maka akhir-akhir ini satu persatu isu-isu yang beragenda buruk dilontarkan melalui media eletronik, media cetak dan media internet.

Persoalannya sekarang ialah adakah musuh itu masih berada di luar kita atau telah menyusup sekian lama di dalam baju kita.

Dalam perhatian aku terhadap isu-isu yang berlaku mutakhir ini, ada seorang individu yang berada di tempat yang saling berkait. Individu tersebutlah yang membuka isu Kerajaan perpaduan ketika muktamar selepas ditutup buku lebih awal oleh Presiden sebelum muktamar lagi. PAS jadi kecoh selepas muktamar di Shah Alam. Dalam perbahasan individu itu tiba-tiba sahaja mengungkit isu Kerajaan Perpaduan lalu pada malamnya disentuhlah oleh Mursyidul Am melalui ceramahnya. Semasa individu tersebut membuka buku isu Kerajaan Perpaduan dalam pebahasan ( sudah langgar nasihat Presiden), TG Mursyidul Am tiada dalam dewan muktamar. Musyidul Am mungkin tidak tahu siapa yang mengungkit-ungkitkannya.

Individu itu juga merendah-rendahkan PAS Terengganu atas kegagalan memepertahankan kuasa yang diperoleh pada PRU10. Perlu diingatkan bahawa dalam PAS Terengganulah ada dua tokoh utama kepimpinan Pusat Pusat. Kekalahan PAS digambarkan oleh individu itu sebagai kelemahan dua orang tokoh ini. Individu itu sengaja mengkesampingkan faktor utama iaitu daftar pemilih SPR yang mencurigakan ( telah disahkan melalui kajian yang telah dilakukan oleh PAS) dan faktor Wang Ehsan ratusan juta ringgit yang dihamburkan tanpa audit kepada setiap peringkat rakyat Terengganu ( Wang Ehsan juga menjadi modal terbaru dalam usaha UMNO menjatuhkan PAS di Kelantan). Individu tersebut juga memberi sisi buruk kepada beberapa idea yang diluahkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor sedangkan Pesuruhjaya PAS Selangor hanya memberi pandangan ( mungkin pendekatannya tidak sesuai) bukan suatu keputusan atau tindakan. Kini individu itu juga terlibat dalam isu baiah talak sehingga parti PAS diserang bertubi-tubi dari luar ( termasuk dari dalam). Dalam muktamar di Kota Baru beberapa tahun lalu, cara individu ini menghentam ‘musuhnya’ seolah-olah beliau mengamalkan politik dendam. Ketika itu aku pernah tertanya-tanya, bagaimana ada pejuang Islam yang bemain dengan dendam? Entah-entah ketika itu memang sudah ada agenda tersendiri. ‘Musuhnya’ tentu banyak maklumat tentang individu ini tetapi dia sentiasa ‘cool’

( mungkin tidak ingin mengeruhkan suasana dan sebagai menjaga adab berjamaah).

Tidak perlulah aku menyebut nama individu tersebut. Dan jangan kalian menghukumnya hanya dengan tulisan aku. Seperti yang aku kata di atas tadi, mungkin aku benar dan mungkin juga aku salah dan silap sangkaan (bukan buruk sangka). Selidikilah , pantaulah dan mulalah merekodkan segala tulisan,ucapan dan tindak-tanduk individu itu. Hanya dengan fakta dan analisis yang jelas, barulah teori boleh disahkan untuk nanti diputuskan. Seperti saranan Ketua Pemuda PAS Pusat; Lembaga Disiplin PAS hendaklah diaktifkan. Mudah-mudahan Allah menjaga dan memelihara gerakan Islam ini dari perencanaan musuh-musuh baik yang bergerak dalam gelap mahupun dalam terang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan