Perang tiga penjuru di gelanggang internet / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Detikdaily

Malaysiakini akan menyambut ulang tahun ke-10 pada 28 November tahun ini. 10 tahun yang lalu, Malaysiakinimemasuki gelanggang media pada hari penamaan calon PRU ke-10, dalam suasana laungan "reformasi" bergema di udara.Media internet ini bukan sahaja tidak tertumbang, malah mendapat nafas baru dalam tempoh satu dekad ini, menjadi salah satu daripada tujuh keajaiban di Malaysia.

Sepanjang 10 tahun ini, pemerintah menyerang Malaysiakini, pada masa yang sama melabel gelanggang media internet sebagai "pro-pembangkang" atau "anti-kerajaan".

Malah, sebelum PRU ke-12, label sedemikian telah menjadi lumrah sehingga pihak pembangkang sendiri menganggap Malaysiakinisebagai “gelanggang pembangkang”.

Selepas PRU ke-12, bekas Pengerusi BN Abdullah Ahmad Badawi mengakui bahawa "perang-siber" (cyberwar) mengakibatkan kekalahan BN di lima negeri. Ramai antara Pakatan Rakyat turut menganggap cyberwar ini salah satu punca kemenangan PR.

Namun, selepas PRU ke-12, terdapatnya kesan-kesan yang menunjukkan bahawa gelanggang internet juga bagaikan air laut yang dapat mengapungkan perahu, malah bisa mengaramkan perahu.

20 bulan selepas PRU ke-12, gelanggang internet, terutamanya media dan blog, seandai dilihat dari segi kuantiti dan kandungannya, mungkin menyanggah sendiri label yang dilontarkan terhadap media internet. Jikalau kita meneliti tulisan dalam gelanggang internet dari segi kandungannya, "pro-pembangkang" sebenarnya tidak bersamaan dengan "anti kerajaan".

Sebaliknya, wacana yang mendominasi gelanggang internet ini, kini cenderung menuju ke arah "mengkritik kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang".

Kuasa tiga penjuru

Mungkin kita boleh mengandaikan wujudnya tiga kuasa yang saling menyaingi di gelanggang internet, dan bakal menjadi salah satu ciri-ciri keistimewaan pada PRU yang akan datang. Kuasa pertama yang dimaksudkan adalah "mengkritik kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang". Kuasa ini memperlihatkan peralihan gelanggang internet kepada "kuasa baru sosial" setelah melalui 10 tahun, dan juga merupakan usaha masyarakat sivil untuk membebaskan diri dari kongkongan lama.

Kuasa kedua adalah "gelanggang BN", terutamanyacyber-trooper yang terdiri daripada orang UMNO, sama ada dalam bentuk media mahupunblogger. Bos di sebalik tabir semuanya kaya dan berkuasa. Dalam "gelanggang BN" ini, elit UMNO bukan sahaja menguasai maklumat dalaman, malah telah mengambil iktibar daripada PRU ke-12, bahawa pengabaian terhadap cyberwar bakal mengundang malapetaka. Dalam PRU yang akan datang, "gelanggang BN" ini bakal menunjuk kekuasaan politiknya di medan internet buat kali pertama dalam cyberwar.

Kuasa ketiga adalah gelanggang PR yang nampaknya kukuh tetapi rapuh ketika diserang -- rapuh kerana andaikan "kritikan terhadap pemerintah bersamaan dengan sokongan kepada pembangkang"; rapuh kerana usaha kurang memuaskan dalam membina "gelanggang PR" yang mampu memberi cabaran kuat kepada "gelanggang BN".

Dengan kata lain, antara tumpuan PRU yang akan datang, cyberwarbukan lagi berada dalam senario "sekadar mengkritik kerajaan", tetapi bakal wujudnya situasi saling mengimbangi antara ketiga-tiga kuasa di atas.

Namun, antara ketiga-tiga kuasa tersebut, "gelanggang kritikan" (terhadap kedua-dua pemerintah dan pembangkang) sudah memiliki kekuatannya tersendiri, malah "gelanggang BN" pula disokong dengan wang dan kuasa. Sebaliknya, "gelanggang PR" pula jelas dilihat lebih lemah dalam senario sedemikian.

UMNO bangkit, PR termusnah?

Sejarah selalunya sinis terhadap dirinya. Reformasi sosial mengorak langkah ke depan, tetapi penggerak reformasi kadang kala pula jahil, malah gagal mengenalpasti masalah dalam proses perubahan ini.

Maka, penggerak reformasi sosial perlu mengatur semula langkah, mempercepatkan langkahnya, ketika berdepan dengan batas untuk melaksanakan perubahan. Kalau tidak, medium reformasi bakal menjadi saksi untuk melihat bagaimana penggerak reformasi itu tertumbang sendiri.

PR tidak boleh membuaikan dirinya dalam "gelanggang kritikan" yang lalu. PR perlu menunjukkan kekreatifan dan berpijak ke tanah untuk bertindak, mempersiapkan diri untuk menghadapi PRU yang bakal menjelang dalam masa 20 bulan atau lebih awal. Kalau tidak, PRU yang akan datang mungkin menyaksikan kebangkitan UMNO dan kemusnahan PR dalam perang siber yang akan datang.

*Sedutan daripada artikel berjudul "Malaysiakini, Pakatan Rakyat, Pancung!" dalam Merdekareview, edisi bahasa Cina. Ooi Heng ialah penganalisa politik. Tulisan itu diterjemahkan dan disunting Lim Hong Siang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan