Pas Kelantan perlu kepada " REFORMASI "...Kalau Tok guru turun dan dengar sendiri luahan rasa golongan grassroot/ golongan penyokong yang tidak ada jawatan dalam parti tapi keikhlasan mereka mungkin jauh daripada mereka yang berjawatan dalam parti hari ini...maka Tok guru akan temui rintihan ini...PAS KELANTAN PERLU KEPADA REFORMASI @ EGM ....
1. Kekuatan PAS kelantan masih lagi survive/ boleh bertahan kerana Allah sw.t masih kasih kepada rakyat Kelantan dengan beri Tok Guru kepada kami sebagai Pemimpin. Tok Guru mempunyai kekuatan bukan dek pidato yang hebat, jauh sekali dek kemewahan tapi rakyat dapat rasai keikhlasan Tok Guru dalam mentadbir dan mendidik rakyat kepada ketaatan kepada Allah s.w.t..
Persoalan : Saya bagi pandangan ini adalah berdasarkan denyut nadi grassroot yang saya sebutkan tadi. Rakyat bawahan melihat barisan yang ada hari ini sangat jauh dari apa yang disebutkan tentang Tok Guru. Mereka secara muka tak malu menyebut-nyebut Tok Guru sebagai model tapi mereka sendiri sebagai pimpinan memiliki rumah jutaan ringgit, kereta mewah ( Plet macam2 TAKI1 dll) isteri sampai dua ( tak salah tapi sampai naik turun mahkamah apa cerita...memalukan Jamaah Islam sahaja..dulu cg rahim sekarang wan Ismail )....sedar atau tidak, Tak Cukup kamu duk puji tok guru ( tak salah ) tapi kamu sendiri sedang merobohkan PERPEPSI baik yang ditonjolkan oleh Tok Guru kepada PAS..
2. Ada yang cari makan dengan Politik dalam PAS, mereka bukan berjuang untuk Islam tapi berjuang untuk cari makan. Bahkan ada yang berperangai macam orang UMNO...Alasan mereka ialah ada antara mereka ni kalau berceramah sedap je tapi solat jamaah tak jaga pun jauh sekali untuk puasa sunat...Mereka ni tak sedar perkara inilah yang memberi kekuatan kepada PAS sejak dulu dan selamanya...dan benda ini jugalah yang mesti ada kepada pejuang Islam... Tok Guru Nik Aziz , Tok Guru Hj Hadi tak minta pun dipanggil Tok Guru tapi amalan- amalah mereka yang seperti inilah yang rakyat tak merasa janggal untuk panggil mereka Tok Guru...
3. Wakil rakyat kita ada yang GAGAL dalam menyampaikan mesej Islam kepada rakyat yang diwakilinya...Kenapa saya kata begitu ? Nak sampai macam mana Selepas PRU 12 boleh dikatakan tak nampak muka langsung...Kalau nampak muka pun skali skala nak tunjuk muka tengok orang gali parit sbb longkang tersumbat ..itupun sebab rumah dia yang terlibat....kak ani tanjung mas boleh jawab benda ni...
Tok guru...perkara macam ni tak akan terdedah dalam mesyuarat harian PAS KELANTAN...atau dalam mesyuarat PAS secara rasmi...yang ada dalam mesyuarat golongan marhaen yang cintakan Islam dan masih menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk memancu generasi akan datang kepada Menjadi Hamba Allah s.w.t
Akhirnya : REFORMASI @ EGM untuk apa
1. Tukar saf pimpinan yang gagal berfungsi dengan baik dengan pimpinan baru...Tak mesti orang tu senior dalam parti baru duduk depan atau berpidato hebat tapi roh pidato tak dok...nak tahu ikhlas atau tidak kita gugurkan orang yang menumpang tapi pandai melobi ni...Saya bagi contoh satu Siapa bahagian ICT PAS KELANTAN...gapo dia buat ? cukup saya beri contoh mudah...Laman web PAS KELANTAN dengan Tranungkite.net dan terengganukini.net bezakan dari segi istiqamah dan update .....
2. Ingatlah PAS masih utuh hingga ke hari ini sebab masih ramai dikalangan kita yang benar-benar ikhlas berjuanG walaupun bukan atas title AJK...Di kalangan pimpinan pun masih ada yang rramai juga yang rakyat melihat mereka dengan perpepsiamat baik seperti Ust Muhammad Mustaffa dll. mereka2 seperti ini lah perlu ditonjolkan oleh PAS sebagai pimpinan masa depan jika PAS masih berhasrat untuk mendapat sokongan rakyat...Percayalah kemenangan itu datang bila ada keikhlasan pimpinan dan pendokong gerakan itu sendiri
Moga getusan perasaan rakyat marhaen seperti saya ini sampai kepengerahuan Tok Guru...Apa yang saya mahu dari tok guru adalah doa untuk saya dan keluarga agar senantiasa diberi taufik dan hidayah selamanya....
Saya Cg Zulkifli B Mohammad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan