Tangkapan Dr. Asri, Umno Selangor Dalangnya? / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Tok Janggut
Isu tangkapan oleh Jais terhadap bekas Mufti Perlis menjadi tekateki. Kenyataan Mufti Perlis bahawa isu mengajar tanpa tauliah menjadi satu kesalahan adalah isu lapuk dan warisan penjajah harus disokong dan dipuji.

Tidak satu nas pun yang mewajib seseorang tokoh agama memerlukan tauliah untuk mengajar atau menyampaikan ilmu Allah melainkan ianya adalah idea penjajah dulu dengan tujuan untuk memastikan apa saja kuliah yang hendak disampaikan mestilah tidak bercanggah dengan fahaman kerajaan Pusat yang memerintah walaupun apa yang disampaikan itu berasaskan nas dan dalil yang sahih. Inilah ajaran sesat.

Beberapa persoalan mungkin timbul dengan tindakan Jais itu seolah-olah ada tangan ghaib yang menjadi dalang dibelakangnya. Yang pertama ialah Dr Asri ditawar kan oleh Perdana Menteri untuk jawatan Yang Di Pertuan Yadim. Ini sangat membimbangkan pihak-pihak tertentu kerana Dr Asri dikenali sebagai ulama yang bercakap benar tanpa mengira fahaman politik yang kurang disenangi oleh UMNO, apatah lagi beliau baru-baru ini ada mencadangkan kepada Ketua Audit Negara supaya menyiasat Yadim. Tindakan Jais mungkin ada kaitanya dengan pihak tertentu yang ingin menggagalkan beliau dari menerima jawatan itu supaya penyelewengan dalam Yadim tidak akan terbongkar.

Yang kedua ialah baru-baru ini ketua Dewan Ulama PAS Pusat ada mempelawa Dr Asri supaya menjadi ahli PAS, ini mungkin tidak menyenangkan UMNO kerana jika Dr Asri menyertai PAS maka akan banyak lagilah penyelewengan UMNO dan pemimpinya akan terbongkar dari segi kaedah agama jika kuliah yang diberikan Dr Asri berkaitan dengan pemimpin dan bernegara dalam konteks Islam.

Dan yang ketiga ialah ini adalah agenda UMNO Selangor untuk merosakan nama PAS termasuk kerajaan negeri dengan Dr Asri dan pandangan rakyat. Kita semua maklum, jabatan agama mempunyai kakitangan Jais dan pegawai-pegawainya termasuk jabatan agama di negeri-negeri lain adalah penyokong UMNO tegar. Mereka ini mungkin dipergunakan oleh UMNO Selangor untuk menjalankan kerja kotor UMNO bagi merenggangkan hubungan baik antara Dr Asri dan PAS.

Kita pelik, kakitangan dan pegawai pejabat agama bersubahat atau menyokong satu parti iaitu UMNO yang jelas menentang syariat Allah, menghina sunnah Nabi, mempersendakan serta menghina hukum Allah. Jabatan agama apakah ini? Jabatan agama Islam? Islam yang menentang syariat Islam? Tukar saja nama islam kepada Jabatan Agama UMNO atau Barisan Nasional.

Alasan mengajar tanpa tauliah adalah ketinggalan zaman. Pemimpin UMNO yang minum arak, berzina, berjudi tidak pula sibuk ditangkap oleh Jais atau jabatan agama negeri-negeri lain. Dulu pun bekas mufti Almarhum Dato ishak Baharom pun dilarang mengajar agama di Selagor, sedangkan beliau adalah bekas Mufti Selangor. Kalau mengajar juga akan ditangkap, berpandukan pada isu ini jelaslah bahawa tangkapan Dr Asri adalah perancangan UMNO Selangor yang memang diketahu UMNO tidak suka pada kuliah agama. Itu sebabnya mana ada kita liha pemimpin-pemimpin UMNO dating masjid dengar kuliah, kalau dihotel-hotel adalah mereka itu sibuk membincangkan projek ratusan juta, bincang bagaimana nak tipu rakyat lagi, bincang bagaimana nak rompak harta rakyat dan Negara. Itulah UMNO sebenarnya.

UMNO yang kerdil dan hanya golongan minoriti dalam Barisan Nasional berlagak angkuh tapi lupa yang hayat mereka hanyalah atas ihsan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional itu. Sedarlah sikit wahai Melayu UMNO.

-tranungkite.net-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan