Ajk Masjid: Persembah Bukti Penjelasan Kepada Raja Muda Perak

Salman Haji Salleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan memberikan penjelasan berkaitan tuduhan dan dakwaan Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak sepertimana yang dinyatakan di dalam blognya (Sila_klik ) jika diperkenan sembah mengadap Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIMPk).

DPPN Pk amat kesal kerana semua tuduhan dan dakwaan tersebut kerana ianya tidak pernah diadukan atau dilaporkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) atau pun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIMPk). Persoalannya kenapakah tuduhan dan dakwaan tersebut dibuat sekarang, adakah kerana ingin memastikan semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid mesti berpihak kepada UMNO sahaja. Ini jelas membuktikan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak isu seperti ini tidak pernah timbul kerana perlantikan AJK Masjid telah diserahkan kepada yang berhak dalam kariah atau jamaah kampung itu sahaja tanpa campur tangan politik.

DPPN Pk menunggu peluang dan ruang yang ada untuk memberikan penjelasan kepada Raja Dr Nazrin Shah jika diperkenan merafak sembah nanti. DPPN Pk tidak mahu semua tuduhan tersebut tanpa memperjelaskan kedudukan sebenar dan hanya berpihak satu pihak sahaja. DPPN Pk menuntut keadilan di dalam perkara ini kerana PAS tidak pernah menjadikan Masjid sebagai gelanggang politik sepertimana yang telah didakwa oleh Dato' Khusairi. DPPN Pk juga ingin menasihati Dato' Khusairi supaya tidak cepat melenting dan menfitnah PAS bila setiap kali mendapat teguran tentang ajaran Islam sebenar dari mimbar-mimbar Jumaat dan penceramah-penceramah di Masjid.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

http://dppperak.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan