Blogger Pro Mahathir menyalak marahkan Nazri

Amin Iskandar
Marah habis blogger-blogger Pro Mahathir. Habis menyalak semua marahkan Nazri Aziz kerana memanggil tokoh pujaan mereka sebagai “racist” oleh kerana mempertahankan BTN,
disini.

Mereka memanggil Nazri Aziz sebagai pengkhianat bangsa oleh kerana mengkritik tokoh pujaan mereka. Mereka meminta Nazri Aziz untuk meletakkan jawatan.

Persoalannya, siapakah Perdana Menteri pada hari ini? Najib Razak atau Dr. Mahathir?

Apa yang Nazri lakukan adalah perkara yang betul untuk mempertahankan gagasan “1Malaysia” yang di perkenalkan oleh bosnya, Najib Razak.

Sepertimana ketika dibawah Abdullah, Nazri turut mempertahankan Abdullah.

Sebagai “hulubalang” kepada Perdana Menteri yang dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri telah melakukan tugasnya dengan baik untuk mempertahankan gagasan yang ditaja oleh bosnya.

Mungkin blogger-blogger ini sudah tersilap zaman.

Oleh kerana Dr. Mahathir memerintah Malaysia terlalu lama selama 22 tahun, mereka masih merasakan Malaysia kini masih diperintah oleh Dr. Mahathir. Mereka terlupa kini Perdana Menteri Malaysia adalah Najib Razak yang tidak lama lagi akan menghapuskan segala Hak Keistimewaan Melayu dengan dasar liberalisasi ekonominya.

Kah kah kah….

Dulu Pak Lah bolehlah korang buli…. Kah kah kah

Cuba “attack” Najib tengok?Mesti tak berani sebab takut jadi macam perempuan dari negara Mongolia tu…

Kah kah kah

http://www.aminiskandar.com/?p=2507

Tiada ulasan:

Catat Ulasan