Doa Tok Guru:Takut Rupanya Mereka

laniisma
Kita digegerkan lagi dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz supaya Najib dan Umno menjadi tak betul, bahasa mudahnya. Begitu sedap gegeran ini dimainkan akhbar, dibesarkan seberapa boleh, ‘Doa Nik Aziz Dikecam’, kalau mampu diwarna-warnikan lagi.

Lantas ulama tersohor yang nampaknya lebih Umno dari Umno Tan Sri Harussani dan Datuk Nooh Gadut (insyaallah dapat Tan Sri) membuat rumusan yang nampaknya seakan tidak adil. Penyataan mereka ada kebenarannya tetapi dalam konteks apa yang yang diperkatakan oleh Tok Guru ialah mereka yang dizalimi, yang sepatutnya mendapat hak tetapi sebaliknya. Kenapa dua tokoh agama berkenaan menyatakan sesuatu yang lebih menyedapkan tuannya sahaja.

Jelas kepada kita yang Tok Guru merasakan dirinya dizalimi begitu juga Kerajaan Pas dan rakyat Kelantan sepatutnya mendapat haknya. Selama 19 tahun, kelazimannya Kerajaan Pas Kelantan dizalimi dan selama 19 tahun juga Tok Guru bersabar dan sekarang diminta supaya PM melaksanakan haknya.

Rupa-rupanya mereka takut kepada doa orang yang dizalimi, Nabi s.a.w bersabda: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tidak ada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Lagi peringatan Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya amalan soleh maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tidak ada baginya kejahatan, maka akan diambil kejahatan orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Maka huha-huhalah mereka membela Najib menghentam Tok Guru, Menteri Besar Perak yang tak halal menyatakan "seolah-olah terdesak untuk mendapat sokongan Rakyat," apa kebendanya minta berdoa kaitannya sokongan rakyat. Tiada kerja lain sokongan sahaja yang dicari. Nik aziz berdoa mendapatkan sokongan daripada Allah. Tambahnya, "menakut-nakutkan musuh politiknya dengan mempergunakan agama", nada mereka yang pernah menzalimi orang lain. "Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan Pas berpecah tetapi kita bersyukur kerana apa yang Pas tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (Pas) sendiri," "tak masuk akal," kata Hishammuddin. Baiknya Umno, memang mereka tidak mendoakan Pas berpecah, mungkin takut nak berdoa tetapi mereka hemtam cukup-cukup melalui tindakan walau apa cara pun.

Apa-apa pun kita mengharapkan hak yang sepatutnya diperolehi dikembalikan. Jangan selalu menegakkan benang basah. Sememangnya mereka takut doa daripada orang yang mereka zalimi dan janganlah selalu kita menzalimi orang nanti mereng tak berkesudahan.

http://www.ek-ele.co.cc/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan