Haram BTN: Mengapa Pusat terkejut dan tergamam?

Muhammad Arif Ismail
BANGI, 30 Nov: Pemerintahan Pusat yang diketuai oleh Barisan Nasional ternyata terkejut dan tergaman dengan tindakan luar jangkaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengharamkan program Biro Tata Negara (BTN) daripada dilaksanakan di negeri itu.

Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Bangi, Dr Syafie Abu Bakar, menegaskan dalam blog beliau bahawa tindakan ini amat mengejutkan kerajaan pusat.Ini dapat dibuktikan dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi yang terkejut dengan isu ini, katanya.

Menurut beliau yang menganggap tindakan ini adalah tepat kerana BTN merupakan satu cara mekanisme doktrinasi BN, digunakan untuk melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini.

"Jika pegawai, kakitangan dan mahasiswa di selangor mengikuti program ini, mereka akan menjadi duri dan racun bagi kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri juga telah bersedia dengan program membina modal insan yang dikenali sebagai Spiritual, Physical, Intelektual, Emotional dan Social (SPIES) untuk mengantikan program BTN," katanya.

Justeru, beliau mencadangkan supaya SPEIS dipertingkatkan dan diperkasakan untuk dilaksanakan di semua negeri yang di perintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat dengan menyepadukan sistem kokurikulum dan latihan.

"Tindakan selanjutnya hendaklah diharamkan pula pusat-pusat BTN yang berada di negeri-negeri Pakatan Rakyat supaya tidak berlaku pertindihan dan pertembungan.

"Kita berpendapat tindakan yang diambil, bukan merupakan niat untuk membalas dendam, tetapi lebih kepada tindakan menyelamat yang seharusnya dibuat lama dahulu, tetapi apa yang dibaut masih belum terlambat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan