HermanSamsudeen
Mufti-mufti dinegara ini sewajarnya bersikap proaktif dalam menegur pemimpin Kerajaan khususnya Umno yang begitu banyak melakukan penyelewengan dan menghalalkan perkara-perkara yang haram dalam Islam.Umat Islam dalam negara ini dan rakyat umumnya kesal bila melihat para Mufti menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan tidak mampu untuk bersuara dalam Isu Perampasan kuasa di Perak. Mufti-mufti hanya menutup mata dan membiarkan kezaliman dilakukan Umno berleluasa
Mufti-mufti juga kelihatan senyap dan tidak bersatu dalam memelihara umat Islam dinegara ini dari kepesatan industri hiburan yang melalaikan seperti program-program realiti TV dan tayangan filem-filem tahyul, khurafat dan memburukan imej Islam.
Mufti-mufti juga nampaknya malu untuk menegur pemimpin negara agar menutup aurat dan juga kalangan rakyat negara ini termasuklah golongan artis. Mujurlah PAS dan beberapa NGO yang mulai mendekati golongan artis ini berjaya mengunakan sedikit ruang yang ada untuk mendekati mereka dan berdakwah.
Konsert-konsert melata diseluruh negara melibatkan artis luar, tapi para Mufti membisu dan membiarkan konsert yang menjahanamkan golongan muda Islam berleluasa.
PAS dan NGO-NGO yang mperjuangkan Islam tidak menolak hiburan tapi, perlulah mengikut cara yang betul dan memberikan manfaat kepada rakyat.
Mufti-mufti juga menjadi kaku bila Kerajaan BN mengumumkan bahawa judi merupakan sumber pendapatan penting negara disaat kegawatan ekonomi hingga kerajaan sanggup menambahkan 10 lagi lesen judi pada tahun lepas kepada 3 syarikat yang ada hubungkait dengan pemimpin BN.
Selain itu, para Mufti juga menjadi lumpuh bila Kerajaan dengan bangganya mengumumkan hasil kutipan cukai Arak yang kian meningkat dan Malaysia kini dikenali diseluruh dunia sebagai negara pengimport arak
utama dirantau Asia.
Mufti-mufti juga berdiam diri bila melihat tanah-tanah tapak masjid dan kubur diambil oleh pihak tertentu yang berkepentingan untuk projek-projek mega, sedangkan tanah umat Islam dinegara ini makin berkurangan.
Secara keseluruhanya rakyat tidak melihat keberkesanan fungsi Mufti hari ini sebagai penegur kepada pemimpin negara dan ketua pendakwah dalam negara ini. Mungkin juga kerana gaji dan elaun mereka dibayar oleh Kerajaan, kereta dan rumah mereka diberi oleh kerajaan maka mereka tidak sensitif terhadap apa yang kerajaan BN lakukan sekarang.
Kerana itu semua, kitab-kitab ilmu hanya dibuka bila pemimpin BN minta pandangan. Itu pun hanya memberikan pandangan mengikut selera pemimpin BN.
Seluruh umat Islam dan rakyat berharap agar Institusi Mufti dinegara ini dapat diperkasakan dan tidak menjadi kuda tunganggan pihak-pihak berkepentingan. Apa jua yang salah dan haram pada pandangan Islam wajar diperjelaskan walaupun kerana perkara itu mereka terpaksa kehilangan jawatan Mufti seperti Allahyarham Dato’ Ishak Baharom. Beliaulah satu-satunya Mufti yang berani dipecat dalam sejarah negara ini kerana memperjuangkan kebenaran.
Maka Mufti hari ini kena belajar dari sejarah beliau dan tidak membodek untuk mengekalkan kedudukan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan