talikasutkayu
"Alhamdulillah, Itulah yang selalu diucapkan setiap kali kita menerima sesuatu imbuhan atau kejayaan. Segala puji bagi mu ya Allah, mensyukuri nikmat.
Begitu besar dan bermakna ungkapan ini. Segala puji bagi mu. Sesungguhnya hanya Allah saja yang layak menerima pujian yang sebegitu hebat. Allah yang maha mulia, maha pengasih dan maha penyayang. Ungkapan yang biasa kita ungkapkan dalam kehidupan seharian.
Layakkah manusia mendapat pujian sebegini hebat?. Hebat sangatkah umat manusia. Adakah sehebat nabi junjungan Muhammad SAW. Tiada manusia hebat melainkan para utusan Allah.
Bagi kita manusia biasa cukuplah sekadar tahniah seandainya mendapat sesuatu imbuhan dan pangkat.
Pujian diberikan pada mereka yang mendapat pangkat yang tinggi seperti Yang Mulia. istilah yang diguna pakai dalam masyarakat Malaysia. Apa yang mulia? Semulia manakah dia? Maksumkah dia?. Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini yang lebih mulia dari Allah. Manusia yang sepatutnya memuliakan Allah yang menciptakan langit dan bumi, mengalirkan hujan, menjadikan manusia serta memberi rezki. adakah patut manusia memuliakan manusia. Sedangkan dalam masa yang sama manusia menjahanamkan manusia.
Walaupun ianya sekadar ungkapan namun kita seharusnya faham pengertiannya. Mulia membawa maksud tiada melakukan sebarang dosa, sehebat-hebat pencipta. Dari sinilah terdetik pujian, segala puji bagi pencipta.memuji pada yang mulia.
Dalam kehidupan kita seharian apa yang diharapkan daripada pujian. Puji memuji perkara sementara. Selagi berpangkat selagi itu dipuji, seandainya hilang pangkat maka hilanglah pujian maka lahirlah kejian. Hanya masyarakat kita yang mengagungkan pujian dengan pelbagai gelaran. Cuba lihat dinegara lain, walaupun berpangkat tinggi dalam kerajaan atau organisasi nama mereka tidak ditokok tambah sebagai pujian. Cukup sekadar nama.
Pujian sebegini adakah satu adat yang harus dipertahankan atau sekadar retorik kehidupan dalam masyarakat.
http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan