Mohd Sayuti Omar
WALAUPUN kemelut politik Kelantan sudah reda namun ia bukan mudah untuk sendik sepenuhnya. Terutamanya kepada diri Tok Guru Nik Abdul Aziz. Apa yang berlaku meninggalkan kesan jiwa mendalam buatnya dan juga seluruh keluarga dan orang-orang yang menyanyanginya di mana jua berada. Sesuatu yang tidak mahu kita saksi selama ini telah menimpa ke atas batang tubuh Nik Aziz.Persoalan kini, apakah beliau akan berhenti sebagai tanggungjawab kepada apa yang berlaku itu. Ada pro kontra dalam hal ini. Walaupun beliau sepatutnya sudah berhenti, baik kerana usia, kerana masalah dan imej yang tercemar, tetapi masih ada yang berharap agar beliau tidak berundur. Masih ada orang mengharap beliau terus memimpin Kelantan. Harapan ini seolah-olah tidak ada orang lain lagi yang mampu untuk melaksanakan tugas sebagai MB.
Tanggapan dan andaian ini sesuatu yang silap. Mungkin kerana disebabkan perasaan terlalu sayang sehingga sukar untuk menghadapi realiti ketiadaan Nik Aziz dalam persada politik Pas di Kelantan khasnya. Pandangan ini juga dari satu segi untuk terus menyusahkan Nik Aziz. Kenapa tidak, selagi beliau berada di situ selama itulah beliau akan diserang dan dihina. Selama itulah kita akan mendengar kenyataan-kenyataan Nik Aziz yang luar biasa dan kontroversial.
Saya sendiri secara peribadi kalau boleh tidak mahu Tok Guru berhenti. Teruskanlah memimpin Kelantan sehingga ke akhir hayat. Beliau masih beraura. Kalau hendak mencari pengganti setaraf dan setandingnya tidak akan ada. Namun hakikat yang berlaku tidak siapa dapat menafikan dan beliau tidak boleh dikekangkan untuk terus berada di situ. Lumarah, firah dan proses almiah tidak sesiapa dapat menyekatnya.
Rasanya Tok Guru sendiri sedang menimbang perkara ini sebaik mungkin. Berhenti ata tidak? Sekarang atau bila? Saya telah memberi dua jalan kepada beliau, ke kiri atau ke kanan. Ke kiri berhenti dan ke kanan terus memimpin Kelantan dengan syarat perlu melakukan pembersihan dalam parti dan kerajaan. Nampaknya masih belum ada riak dari beliau untuk melalukan sesuatu atau memilih mana-mana jalan. Tetapi melihat kepada perkembangan hari ini adalah lebih baik kalau Tok Guru berundur perlahan-lahan.
Putra politiknya, Nik Muhammad Abduh (foto atas) sudah jelas dan tegas meminta ayahandanya berhenti. Abduh mahukan ayahnya berunsur dan meninggalkan simpang siur yang berlaku kini. Jika suara Nik Abduh itu mewakaili seluruh keluarga besar keturunan Raja Jembal bermakna keluarga sudah sepakat mahu tok guru itu berundur. Rihat secukupnya.
Ada logik kalau Nik Abduh membuat seruan begitu. Dia tidak mahu ayahnya terus diserang sehingga keletihan. Seorang anak sudah mesti ada rasa simpati kepada orang tuanya. Bahkan simpati dari darah daging sendiri lebih tinggi dan mendalam dari simpati seorang pembantu yang suka mencuri makan!
Nik Abduh mungkin dapat membaca makrifah politik. Sekiranya ayahnya terus di situ selama itulah ayahnya akan menjadi alat dan diperalat oleh orang tertentu untuk kepentingan peribadi. Menjadi alat dan memperalatkan ayahnya sesuatu yang mendukacitakan Abduh dan seluruh anggota
keluarganya. Apa lagi dijadikan alat untuk keuntungan politik peribadi orang tertentu. Mungkin Nik Abduh dan keluarga lain tidak kisah kalau Nik Aziz terus menjadi hamba kepada agama, bangsa dan negara. Mereka redha. Selama ini sejak lebih 50 tahun lalu mereka telah melepaskan Nik Aziz ke lapangan juang. Mungkin mereka bangga kalau ayahnya sahid atas takhta kebenaran.
Apakah yang Tok Guru sedang fikirkan pada masa ini? Apakah beliau masih mengira untuk memberi ruang kepada orang yang ada dalam hatinya? Makanya beliau harus terus memimpin sehingga apa yang dicita-cita itu terlaksana? Rasanya Tok Guru tidak perlu berfikir panjang, menghitung jatuh bangun orang lain. Beliau perlu mendahului dirinya sendiri bukan sesiapa. Cermin yang retak harus dicantumkan seboleh-boleh biarlah ia tidak terbayang kemusnahan itu.
Semalam di tv beberapa orang pemimpin UBN mencaci dan menghina Nik Aziz sehingga ada yang mengatakan Nik Aziz sudah tidak stabil. Penghinaan itu turut menyelinap ke dalam jantung hati saya. Saya percaya orang lain juga. Seorang pengkagum Nik Aziz di Kota Bharu menelefon dengan suara sebak menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Katanya, biarlah Tok Guru berhenti cepat, kerana tidak sanggup mendengar penghinaan ke atasnya. Mungkin bagi Tok Guru tidak kisah, tetapi orang lain, orang yang menyanyangi dan memuliakannya histria menghadapi penghinaan itu. Pagi ini seorang bekas pemimpin Pas Kelantan pula menghubungi saya mengatakan hal yang sama. Dia sedih bercampur dengan hairan. “Saya sedih atas apa yang berlaku dan hairan dengan sikap Tok Guru,” ujarnya berterus terang. Apa yang dihairankan ialah kenapaTok Guru seolah tidak membuat sesuatu tindakan bagi menyelamatkan keadaan dan maruah dirinya kini yang mulai tercemar. Menurutnya situasi yang menimpa Tok Guru hari ini sangat parah, bukan saja kepada maruahnya tetapi maruah Pas juga. Makanya beliau berharap Tok Guru akan menyedari keadaan ini dan segera memperbaikinya sebelum keadaan lebih parah lagi.
Justeru kata pemimpin itu, untuk menghuraikan kemelut ini elok kalau Tok Guru kembali kepada Tuhan. Mencari jawaban atas apa yang berlalu dengan mengadakan solat istiqarah. “Enta suruhlah Tok Guru sembahyang istiqarah, mendapat petunjuk dari Tuhan apa yang lebih baik untuk beliau lakukan. Kalau dia meraskana perlu berhenti, berhentilah dan kalau istiqarah itu kata kena terus, teruskannya. .. Biarlah Allah memberi petunjuk dan bukannya makhluk,” begitulah ujar pemimpin itu. Bunyinya agak emosi tetapi niatnya dapat difahami dia kasih kepada Tok Guru. Bila saya bertanya kenapa kepada pemimpin berkenaan kenapa tidak suruh sendiri, dia mengatakan tidak mahu tanpa memberi alasan.
Menarik juga saranan itu. Dan apakah Tok Guru tidak istiqarah dalam membuat apa-apa keputusan berhubung kemelut yang berlaku kini? Bukanlah sebelum ini Tok Guru begitu jinak dan intim dengan istiqarah. Apa-apa yang sulit beliau dapat keputusannya dari istiqarah. Begitulah yang didengari sebelum ini.
Ada ‘kuliha’ juga cadangan bekas pemimpin itu. Eloklah Tok Guru beristiqarah mencari jawaban mengenai kedudukan dirinya hari ini. Sekiranya menerusi istiqarah itu Tuhan memberi hidayah, beliau harus terus jadi MB dan memimpin parti maka hendaklah diteruskan. Tok Guru tidak perlu peduli dan risau dengan cacian dan kata-kata orang. Sebab petunjuk Tuhan itu benar dan tidak ada unsur-unsur kepentingan peribadi seperti mana petunjuk dan nasihat diberikan manusia.
Kata pemimpin itu lagi, rumusan, ataupun keputusan dan anlisa dari manusia tidak menempati kehendak sebenarnya. “Tok Guru tidak boleh dengar cakap orang, beliau kena dengan cakap Tuhan. Biarlah dia mendapat hidayah dari Tuhan” ujarnya lagi penuh mengharap. Bekas pemimpin yang juga sahabat Nik Aziz yakin kalau keputusan menerusi istiqarah akan dapat menyelesaikan masalah. Nah... Tok Guru istiqarahlah ataupun memang apa yang diambil kini sudah diistiqarahkan!
http://msomelayu.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan