Ulama PAS Perlu Ada Jati DIri

Al-Bakistani

Ramai membenci UMNO hasil tarbiah ulama PAS. Tanpa benci UMNO, mungkin ramai yang tidak masuk PAS. Sebarang unsur-unsur yang memb awa kepada UMNO, pasti akan didoktrinkan sebagai munafiq. Tidak kira, ia bernama munafiq agama, mahupun munafiq haraki.

Dahulu, JIM dan ABIM mendapat tempelan munafiq ekoran bawaan yang agak cenderung kepada UMNO. Semua doktrin ini, dilakukan oleh ulama-ulama dalam PAS.

"mereka duduk di Kelantan, mereka jadi PAS. Kalau mereka duduk di Kuala Lumpur, mereka jadi UMNO" pesan salah seorang ulama PAS yang sedang mendoktrinkan kebencian terhadap JIM dan ABIM dalam salah satu pertemuan.

PASCA 2008

Pilihanraya ke-12 menampakkan satu gelombang baru dalam dunia politik Malaysia. Kebencian rakyat kepada UMNO amat ketara kelihatan. Boleh dikatakan, kebencian ini - jika mahu disebut dari sudut peratus - amat tinggi peratusnya hasil doktrin yang ulama-ulama PAS lakukan.

"kita melawan UMNO bukan kerana namanya UMNO. Kita melawan UMNO kerana UMNO kekalkan sistem penjajah. Kalau kita mati, kita syahid" begitulah lebih kurang ucapan salah seorang pimpinan PAS dalam tahun 80 an yang silam.

Kesan ucapan sebegini, menyebabkan ramai yang membenci UMNO. Tidak salah dikatakan, ia memberi kesan besar kekalahan UMNO dalam PRU ke 12 baru-baru ini.

Keadaan ini tidak sama sejurus PRU pasca 2008. Ini kerana, apabila wujud usaha gabung dengan berlaku. Yang menyedihkan, usaha gabung itu dilakukan oleh mereka yang mempunyai title "ulama".

Waima wujud penafian beberapa kali dari sebilangan "ulama" terbabit, tetapi terpaksa diakui kebenaran disebalik penafian; iaitu apabila usaha "pertemuan secara sulit" yang membawa kepada usaha gabung itu dipecahkan oleh PM dari mazhab UMNO ketika itu.

Lebih parah lagi, apabila ada kata menyebut, "Perbedaan PAS - UMNO, bukan lawan, tetapi perbedaan pendapat sahaja" lebih kurang begitu ucapan salah seorang pimpinan PAS yang mempunyai title ulama.

Kalau ini berlaku, ulama PAS perlu ada jati dirinya balik dalam isu melawan UMNO. Jika tidak dilakukan, mungkin inilah terakhirnya kepimpinan ulama bertapak dalam PAS. Sekian

Wallahu Alam

Al-Bakistani

http://g-82.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan