Ulasan tajam buku Malaysian Maverick yang diban!

dewa
Sewaktu penulis duduk di sebuah cafe di Shenzhen, penulis ternampak sebuah buku bertajuk Malaysian Maverick dengan gambar mantan PM, Tun Mahathir di depannya. Memandangkan buku ini diban/dihalang dari jualannya di Malaysia, penulis terpanggil untuk beli dan ulas buku kontroversi ini. Sesiapa yang malas nak baca buku tersebut bolehlah baca ulasan ini sahaja.

Buku ini ditulis oleh Barry Wain dari Singapura. Bak kata Tun Mahathir sendiri, penulis buku ini beriya-iya benar menulis mengutuk pemimpin Malaysia sedangkan pemimpin Singapura tidak berani ditegurnya. Justeru itu, pengaruh buku ini secara automatiknya berkurangan. Buku ini tidak ditulis secara neutral dan bebas dan penulisnya. sekalipun kelihatan berlandaskan fakta, sebenarnya banyak dipengaruhi emosi. Bukti akan diberikan.

Buku ini ada 3 bahagian; bahagian pertama 'The Making of Malay Champion', bahagian kedua 'PM for life, Almost' dan bahagian ketiga "Turmoil in Retirement'. Setiap bahagian ada sub-sub atau topik-topik kecil.

Bahagian pertama menceritakan asal usul Tun Mahathir dan keturunannya yang berasal dari Selatan India. Pada penulis, kalau berasal dari Somalia pun tak mengapa. Semua manusia berasal dari Nabi Adam jugak.

Buku ini banyak rujukannya. Setiap bahagian ada antara 70 ke 110 footnotes atau sumber rujukan. Kalau nak tahu, semuanya ada 1201 iaitu (73+71+90+112+124+129+61+75+123+144+93+102). Fuh, mengalahkan tesis PhD pulak.

Bahagian awal buku ini masih boleh dibaca memandangkan ianya ditulis berlandaskan fakta. Mengenai asal-usul, penglibatan dalam politik dan sebagainya. Kenaikan Tun dalam politik juga dihurai secara teliti.

Bahagian yang paling menjengkilkan dalam buku ini ialah Bahagian 2 Bab 9 - 'Perils of a Pragmatic Islam'.

Contohnya, muka surat 218 dinyatakan " Despite constitutional guarantee, in practice freedom of religion is qualified. Muslims-all etnic Malay are registered as Muslims are answerable to sharia courts, which usually deny them the right to leave Islam or convert to other faith.'

Sedih benar penulis ni bila orang Melayu secara automatik didaftar secara Islam dan murtad dilarang. Kejahilan penulis buku ini tentang undang-undang malah perlembagaan Malaysia jelas. Perlembagaan Persekutuan Malaysia secara jelas melarang tindakan memurtadkan atau 'propogate' orang Islam. Oleh itu, tindak timbul soal 'constitutional guarantee'. Atok nenek kita sewaktu merdeka dulu tak pernah bagi jaminan bahawa kaum lain dibenarkan memurtadkan orang Melayu Islam. Itulah masalahnya bila penulis dari Singapura tulis buku berhubung Malaysia. Meskipun begitu, memandangkan penulis buku ni bukan Islam, kejahilan beliau dalam isu ini boleh difahami.

Sebahagian besar buku ini ditulis untuk memburukkan Tun Mahathir. Meskipun begitu, bahagian yang menuduh Tun Mahathir terlibat penyelewengan sehingga RM100 billion perlu diberi perhatian dan perlu disiasat. Kes Anwar juga dihurai secara teliti.

Buku ini juga penuh dengan dakwaan yang boleh dipertikai. Contohnya, muka surat 258. "He (Mahathir) secretly provided the Bosnian with heavy weapon".

Hubungan mesra, erat dan kasih sayang yang membuak-buak antara Singapura dan Israel tidak pula diselar atau disentuh oleh penulis buku ini. Lucu juga.

Pendek kata, sekalipun saya seorang yang bolehlah dikatakan anti_Mahathir, saya tidak bersetuju dengan buku dari Singapura ini. Sesiapa nak beli dan baca juga, bacalah dengan minda yang kritikal, bukan secara membuta-tuli..

PAS pun jangan bagi publisiti berlebihan dekat buku nih.

1 ulasan: