Umno Patut DiKebumikan Segera !

Suhaizan Bin Kaiat

UMNO yang hidup atas perjuangan menentang MalayanUnion sudah dianggap busuk oleh vaterennya sendiri. Seperti tulisan Tun Dr Mahathir dalam blognya pada 30-November-2009. Busuknya bukan diluar sahaja tetapi hingga ke dalamnya. Ini bermakna UMNO sudah tidak boleh diselamatkan.

Jika UMNO dibenarkan terus hidup maka rakyatlah yang akan menjadi mangsa akan kebusukan UMNO. Rakyat akan terpaksa membasuh kebusukkan UMNO. Paling kurang pun rakyat tak tahan dengan bau hasil daripada kebusukan UMNO.

Oleh itu saya mencadangkan UMNO perlu dikebumikan dengan segera. Jika tidak rakyat akan menerima akibatnya.

Upacara pengkebumian UMNO perlu dibuat di negeri kelahirannya Johor. Saya mencadangkan rakyat seluruh negera secara simboliknya perlu membawa mayat UMNO. Mayat UMNO berupa simbol-simbol UMNO seperti bendera, logo, perlembagaan UMNO, topi UMNO, Baju UMNO dan lain-lain.

Suatu upacara perlu dibuat ditengah padang agar semua rakyat dapat menyaksikannya. Semua simbol-simbol UMNO ini perlu dicampak pada kain putih yang merupakan kain kapan UMNO. Setelah semua rakyat mencampakan simbol UMNO ini ke kain kapan yang disediakan, maka kain kapan ini perlu diikat dengan rapi kemudian gali lubang yang besar dan tanam UMNO disitu.

Tarikh tertentu dan tempat tertentu di Batu Pahat atau Pantai Lido Depan Istana Bukit Sereen Johor Baharu, Johor di mana UMNO mula dihidupkan perlu ditentukan. Akhirnya rakyat dan negara ini akan sama-sama menyaksikan UMNO dikebumikan di Negeri Kelahirannya JOHOR.

Apa pandangan tuan-tuan ?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan