Jangan Jual MIG29N

DATO' HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa kerajaan tidak perlu menjual MIG29 dan beli pesawat baru. Saya sebenar memang mempunyai maklumat dan pandangan yang sama dengan Tun Dr. Mahathir, tapi saya sebenarnya sengaja simpan dulu masalah ini untuk dibangkitkan pada sidang Parlimen bulan Mac 2010 akan datang. Oleh kerana Tun Dr. Mahathir sudah bangkitkan persoalan ini, saya terpanggil untuk menyetujui pandangan Tun Dr. Mahathir.

Saya mempersoalakan kenyataan Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan yang menyatakan kerajaan belum muktamadkan lagi sama ada nak meneruskan atau tidak khidmat MIG29. Sedangkan pada 28 Oktober 2009 baru-baru ini, beliau menyatakan di Dewan Rakyat bahawa perkidmatan pesawat tempur MIG29 akan di tamat tahun depan (2010). Tiba-tiba bila Tun Dr. Mahathir menegur dan mengkritik keputusan tesebut Datuk Seri Zahid mengatakan belum memuktamadkan lagi keputusan tersebut. Ini menunjukan kerajaan tidak ada pendirian yang jelas membuat keputusan begitu gopoh atau kenyataan Datuk Seri Zahid sekadar nak meredakan kemarahan Tun Dr. Mahathir, bila reda kerajaan akan jual semula

Hakikatnya mereka sedang menyembunyikan keputusan kerajan yang sememang hendak menjual pesawat tersebut dan membeli pesawat baru, seperti kerajaan menyembunyikan kehilangan injen pesawat F5E selama 3 tahun baru-baru ini barulah rakyat mengetahui mungkin dalam tempoh tersebut kerajaan telah berjaya menyembunyikan maklumat atau dokumen-dokumen dan juga fakta tertentu yang mungkin melibatkan keterlibatan pihak atasan TUDM dan KEMENTAH dan ahli-ahli politik.

Kembali pada isu MIG29, kenapa perlu dibeli baru? Mengapakah ianya tidak boleh kita upgrade semua injin MIG 29 seperti mana Kerajaan India membuat perjanjian dengan Rusia untuk upgrade semua MIG milik India. Perjanjian tersebut telah membenarkan Hindustan Aeroautics Pte Ltd iaitu syarikat pertahanan / penerbangan milik Kerajaan India untuk mendapatkan pemindahan teknologi dalam pembikinan enjin baru MIG milik tentera udara India. Ini bermakna India bukan sahaja dapat melanjutkan kegunaan pesawat tempur MIG mereka malah syarikat tempatan mereka mendapat teknologi baru dan juga pengalaman yang sangat berharga untuk negara India.

Begitu juga Kerajaan Polond yang merupakan anggota NATO yang memusuhi Rusia dan mempunyai 32 pesawat MIG29 yang dijangka dapat menggunakan sehingga 2012-2015. Polond juga sedang mengambil langkah yang sama. Sepertimana India untuk upgrade pesawat MIG29 milik mereka. Begitu juga dengan Jet pengebom UK English Electric Canberra yang diguna sejak dari tahun 1950 hingga perang teluk yang pertama setelah melalui beberapa siri upgrade dilaksanakan bersesuaian dengan umur dan rolenya.

Kenapa MIG29N milik Malaysia yang belum mencapai usia 20 tahun tiba-tiba nak di ganti dengan pesawat lain yang baru.

Betullah kata Tun Dr. Mahathir bahawa penjualan dan pembelian pesawat milik kerajaan mampu memberi keuntungan besar kepada orang tengah untuk kepentingan orang politik yang berkuasa sepertimana pembelian kapal selam dan pesawat Sukoi. Malaysia perlu diselamatkan. 2009 mencatat peristiwa-peristiwa korupsi, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang memalukan dan merugikan rakyat dan negara. Saya mencadangkan perlu diwujudkan satu Jawatankuasa Pertahanan negara dibawah Parlimen untuk meneliti perkara yang bekaitan dengan industri pertahanan termasuk soal jual beli pesawat, kapal laut / selam dan peralatan persenjataan ketenteraan. Ini akan menjadikan setiap keputusan di secara telus dan beritegriti.

DATO' HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan