Kenapa Majalah Herald Di Hebohkan Tetapi Logo Rasmi Polis Didiamkan

PahangDaily

Khalimah Allah dikecohkan selepas mahkamah membenarkan penggunaannya kepada majalah mingguankhatolik Herald (foto) baru-baru ini. Namun, selepas beberapa ketika Mahkamah Rayuan akhirnya menangguhkan keputusan tersebut. Anehnya, biarpun ia ditangguhkan tetapi masih ada rakyat Malaysia terutamanya NGO yang cukup rapat dengan UMNO BN melatah dan bagai tak keruan dengan isu ini. Mereka tiba-tiba mengadakan demonstrasi di Masjid Negara Jumaat lalu dan mendesak agar orang Kristian tidak menghina umat Islam dengan isu ini. Kerakusan puak-puak ini mengadakan demonstrasi telah menarik perhatian para jemaah yang ingin bersolat Jumaat di situ. Atas nama Islam, dan melaung-luang agar Islam tidak dihina tetapi ramai dikalangan mereka langsung tidak menghormati Islam itu sendiri. Mereka hadir hanya untuk berdemo dan bukannya mengerjakan solat Jumaat yang menjadi kewajipan lebih utama bagi seorang lelaki Islam. Apakah ini namanya memperjuangkan Islam?. Niat mempertahankan Islam itu memang amat dihargai dan murni, namun keperibadian yang ditunjukkan oleh peserta demo itu amatlah memualkan. Malah, ada sumber yang menyatakan ramai juga anggota polis beragama Islam yang berkawal di situ langsung tidak mengendahkan solat Jumaat yang sepatutnya mereka laksanakan. Apalah gunanya memperjuangkan nama Islam, sedangkan dalam diri mereka langsung tidak menunjukkan ciri-ciri Islam itu sendiri. Inilah yang amat menghairankan kita sebenarnya. Justeru itulah kita tidak hairan NGO-NGO yang berdemo tempohari adalah kumpulan orang Melayu Islam yang hanya sekadar namanya sahaja.

Persoalannya sekarang kenapakah mereka beriya-iya benar untuk berdemo tentang isu ini. Walhal
Mahkamah Rayuansudah memutuskan bahawa kes ditangguhkan sehari sebelum itu?. Tambah mengejutkan pula PM Najib Razak sendiri mengumumkan bahawa kerajaan tidak ada kuasa untuk menahan suara rakyat yang memberontak tentang isu ini. Apakah kerana NGO yang terlibat dikatakan begitu sininom dengan UMNO? Lantaran itu kerajaan langsung tidak berkuasa menghentikan perhimpunan haram tersebut. Namun, apabila ia dilakukan oleh parti atau NGO yang dilihat cenderung kepada pembangkang maka kerajaan mengerahkan pihak polis untuk mengganas dan menyerang mereka yang terbabit. Disepak, diterajang, disembur gas pemedih mata dan water canon, dihambat dan dikejar malah diperlakukan seperti haiwan. Inilah realiti sebenarnya undang-undang polis yang ada di Malaysia. Memang cukup "double standard" dan cukup mengecewakan rakyat sebenarnya. Malah jika diamati betul-betul, isu "khalimah Allah" yang dimainkan sekarang ini juga jelas tidak sewajarnya dihebah-hebahkan sangat oleh pihak media arus perdana. Soalnya kenapa mereka begitu rakus memainkan isu ini hingga menyebabkan ada pihak-pihak yang dikatakan sanggup membakar gereja akibat kes ini. Kerajaan cuba menutup isu semasa dan mainkan isu panas ini. Akhirnya mereka sendiri yang bakal terjerat sebenarnya. Malah jika dikatakan tentang khalimah Allah itu sendiri maka apa bezanya dengan penggunaan khalimah Allah pada logo polis itu sendiri?

Khalimah Allah Pada Logo Polis Juga Hina Islam
Cuba lihat khalimah Allah pada logo rasmi Polis DiRaja Malaysia ini

Logo rasmi polis yang tertulis perkataan "Allah" dan"Muhammad" yang telah digunakan sejak sekian lama itu jelas sekali boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat. Apatah lagi "khalimah Allah" itu juga digunakan oleh anggota polis yang bukan beragama Islam. Bayangkan mereka membawa logo Allah tersebut ke gereja, tandas atau ke tempat-tempat maksiat ketika menjalankan tugas. Bukankah ini juga boleh dikira sebagai menghina Islam. Malah, pihak polis juga boleh dikatakan menghina kerana dengan logo"Allah" pada "cap" yang mereka pakai dan diletakkan di atas kepala itu, terkadang mereka bertindak zalim dan ganas kepada umat Islam yang lain. Ini juga boleh dikatakan menghina Islam sebenarnya. Oleh itu, kita memohon supaya pihak yang berkenaan mengeluarkan fatwa tentang penggunaan "khalimah Allah" pada logo oleh anggota polis yang bukan beragama Islam ini. Jika benar mereka berjuang kerana mempertahankan Islam, mereka harus memastikan perkara ini tidak berlaku. Namun, ia sudah berlaku sejak lama dulu. Kenapa kerajaan UMNO BN dan NGO yang terbabit tidak mempertikaikan perkara ini. Kenapa pula bila timbulnya isu khalimah Allah pada majalah Herald itu mereka bukan main lagi melatah. Walhal, kes itu sudah ditangguhkan. Kita juga mohon menteri yang menjaga agama iaitu Jamil Khir Baharom agar mengeluarkan kenyataan atas isu "logo polis" ini. Biarpun ia sudah lama berlaku, namun tidak ramai umat Islam menyedari dan menganggapnya perkara remeh temeh. Namun, sedarkah kita bahawa nama Allah itu telah dijaja ke sana sini, malah terkadang diletakkan di atas bangku, kerusi atau yang lebih rendah dari itu. Justeru itu, kita menantikan NGO terbabit untuk mengadakan demonstrasi bagi melarang penggunaan nama "Allah" pada logo pasukan polis jika mereka benar-benar tidak mahu Islam itu dihina. Jika tidak, maka ternyata isu ini hanyalah isu politik yang sengaja dimainkan bagi menunjukkan kononnya UMNO itu adalah"Juara Rakyat" dalam menangani kes seperti ini.

[Sekarang, barulah kita sedar bahawa mereka sebenarnya bermain dengan bayang-bayang sendiri perihal isu khalimah Allah ini sebenarnya. Malah, apa yang lebih menghairankan kita ialah mereka beriya-iya benar mempertahankan penggunaan khalimah Allah ini. Sebaliknya, puak-puak mereka tidak pun mempertahankan hukum Allah ditegakkan di muka bumi ini. Malah mereka pula yang menghalang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan dulu. Hingga ke hari ini, undang-undang sekular British masih terus dipertahankan. Dalam kes Anwar misalnya, mereka tidak pula mempertahankan agar kes itu dibicarakan mengikut undang-undang syariah, sedangkan ia berkait rapat dengan hal ehwal Islam itu sendiri. Inilah dia bukti bahawa puak-puak ini hanya menggunakan agama "Islam Hadhari" semata-mata. Sebaliknya mereka lupa menggunakan agama itu secara keseluruhannya. Hanya ambil apa yang patut dan buat apa yang sepatutnya demi kepentingan politik mereka itu sejak sekian lamanya].

http://pahangdaily.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan