Satu Ramalan: Tajuk AKhbar Februari 10 Bukan Berita Biasa

Ahmad Zawawi

Saya bersetuju dengan Dato Seri Nizar Jamaluddin yang sesiapa sahaja boleh membuat spekulasi tentang keputusan Mahkamah berkaitan dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak. Ia boleh jadi 5 – 0, 4 – 1 ataupun 3-2. Kita tidak akan dapat meramalkan kepada siapa keputusan itu memihak. Jadi tuduhan YB Hamidah kepada pembangkang diNegeri Perak adalah tidak berasas.

Bersabit dengan persiapan kemungkinan berlakunya Pilihanraya adalah sesuatu yang perlu. PRU ke 12 sudah berlalu separuh jalan. Pihak yang berkuasa boleh memanggil PRU ke 13 sebaik sahaja melepasi tempoh tiga tahun. Setiap Wakil Rakyat yang telah berkhidmat lebih tiga tahun layak mendapat pecen. Jadi itulah rationalnya.

Saya mengambil kesempatan disini meramalkan ada kemenangan dari Mahkamah tetapi tidak akan ada Pilihanraya. Ramalan saya ini berdasarkan kepada keputusan-keputusan yang diperolehi bagi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh diKedah. Bukan perkara mudah untuk mengadakan sesuatu Pilihanraya. Ia melibatkan perbelanjaan yang besar dan juga pengembelingan tenaga manusia yang ketara banyaknya. Ini tidak termasuk lagi aspek keselamatan semasa berkempen dan pada hari mengundi.

Walau apapun keputusannya nanti semua rakyat perlu menghurmatinya. Mengenai hak mengundi kita tidak perlu terlalu gusar. Bila-bilapun kita boleh mengundi. PRU ke 13 sudah tidak berapa lama lagi. Bagi masyarakat dalam Parti Keadilan Rakyat hak anda mengundi akan bermula pada bulan Mac 2010. Disinilah bermulanya demokrasi.

Perkara diatas hanyalah ramalan dari saya secara peribadi. Jika sekiranya ditakdirkan Dewan Undangan Negeri Perak bubar sayalah orang pertama yang akan turun padang bagi menentukan Pakatan Rakyat kembali berkuasa diNegeri Perak.

http://ahmadzawawi.wordpress.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan