Skandal Kontrak Bas PLKN : 1Malaysia 1Kontraktor

whistleblower
Pada mula ditubuhkan JLKN telah menawarkan perkhidmatan ini kepada lebih 12 buah syarikat yang mana syarikat ini akan melantik sub-kontraktor mereka sendiri di mana jumlahnya melebihi daripada 30 sub-kontraktor. Pendek kata ramai kontraktor mendapat peluang dan faedah daripada kontrak ini.

Mulai tahun 2007 kontrak perkhidmatan kereta yang digunakan oleh urusetia kem telah diberi kepada seorang kontraktor sahaja yang mana ini menyebabkan mata pencarian kontraktor dan sub-kontraktor hancur dengan sekelip mata sahaja. Tidak cukup dengan itu pada hujung Disember 2009 sekali lagi pelancaran telah dibuat dan kali ini perkhidmatan bas pula telah diberi kepada kontraktor yang sama. Kali ini giliran pengusaha bas pula yang menjadi mangsa ditambah dengan situasi ekonomi yang tidak menentu banyak kilang yang telah ditutup, kini kontrak bas JLKN pula dibolot oleh kontraktor yang sama yang dikenali sebagai Tuan Syed Hussin.

KELEBIHAN SISTEM (KONTRAKTOR) LAMA

  1. Dapat melantik sub-kontraktor atau menggunakan beratus buah bas tempatan yang mana sedikit sebanyak mereka dapat bekerja di dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa baik yang mana banyak kilang telah ditutup. Maka PLKN merupakan harapan mereka untuk terus kekal beroperasi.

  2. Pengusaha bas tempatan serta pemandu tempatan yang jumlahnya mencecah beratus orang turut sama dapat mencari rezeki yang halal melalui perkhidmatan pengangkutan JLKN sebagai satu sumber kewangan mereka untuk menyara kehidupan keluarga.

  3. Dengan ini semua akan dapat membantu menyemarakkan ekonomi setempat.

SISTEM (1KONTRAKTOR) BARU

Dengan adanya monopoli yang baru ini, Syed seorang sahaja yang mendapat keuntungan atas dasar konsep 1Malaysia 1Kontraktor ini.......

Sistem monopoli yang diamalkan ini amat tidak adil dan tidak baik kerana:

  1. Contohnya kontrak kereta yang diberi kepada Syed secara monopoli menyebabkan terlalu banyak 'complain' akibat lambat bertindak gara-gara tiada saingan.

  2. Harga dalam kontrak bas pula melambung terlalu tinggi iaitu perbezaan lebih kurang RM177 Juta duit rakyat telah hilang. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang apa rasionalnya pembaziran sebesar itu dilakukan sedangkan pihak JLKN sendiri telah mengurangkan aktiviti di kem.

Umumnya kami tidak nampak kenapa kontrak ini harus di monopoli oleh seorang yang bernama Tuan Syed Hussin ini kerana kerja perkhidmatan kereta dan bas ini ialah kerja non-teknikal yang ramai orang mampu buat dan dibuktikan selama ini tiada sebarang masalah dan berjalan lancar.

KLAUSA KONTRAK

  1. JLKN harus membayar sewa 9 bulan PENUH dalam satu tahun pada Syed mengikut kadar sewa bulanan tetap selama 30 hari. Sebelum ini bayaran hanya mengikut pergerakan contohnya kalau ada aktiviti baru bayar atau on call sahaja. Cuba kita bayangkan kontrak Syed berjalan selama 5 tahun Jan 2010 hingga Dis 2014.

  2. Syed harus membekalkan BAS BARU yang mana isu ini telah diputarbelitkan oleh Syed iaitu dia mendakwa bas dalam lingkungan 5 tahun juga baru. Ini dibuktikan bahawa dia menggunakan bas sedia ada yang pernah digunakan oleh kontraktor lama dan dia mengenakan bayaran yang melampau kepada kerajaan.

  3. Umum mengetahui bas baru bermakna bas yang baru didaftarkan dan kilometernya masih dibawah 1000KM dan harus didaftarkan atas nama syarikat Syed. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, Syed hanya menampal stiker pada bas sedia ada yang pernah digunakan oleh kontraktor lama sebelum ini. Buktinya kita boleh lihat bas-bas ini di stesen-stesen bas padan 2 Jan – 3 Jan 2010 lalu. INI ADALAH SATU PENIPUAN BESAR KEPADA RAKYAT.

MARI SAMA-SAMA KITA NANTIKAN APA YANG AKAN TERJADI SETERUSNYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan