SPRM serbu pejabat exco S'gor

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini.

Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan seorang pembantu exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat.

Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein berhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir.

Yaakob adalah pengerusi pengurusan sumber alam dan pembangunan ssahawan negeri.

Difahamkan, sembilan pegawai SPRM itu masih berada di situ. Yaakob juga berada di pejabatnya.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan