Umno Perlu Talian Hayat

Umno dalam keadaan memerlukan talian hayat. Kegagalannya menguasai isu yang berlaku menyebabkan Umno semakin terdesak. Mereka tetap ingin 'menjuarai rakyat' walaupun terpaksa menyelewengkan peruntukan kerajaan serta menggunakan polis bagi meneruskan kerja-kerja menghalang setiap majlis Pakatan Rakyat. Itu antara pandangan yang dilontarkan Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin. Ikuti temubual wartawan, NYZA AYOB bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini.

HARAKAH- Umno dilihat semakin terdesak untuk meraih kembali sokongan rakyat. Seperti yang bera

DATO' SERI MOHD NIZAR JAMALUDDIN- Saya berpendapat pendekatan Satu Malaysia yang dibawa Najib telah menusuk diri Umno sendiri. Kita lihat sekarang ini macam-macam yang bercelaru. Daripada segi peribadinya juga dipersoal sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Banyak lagi kes-kes yang berlaku hari ini yang menyebabkan Umno menjadi serba salah.

Sebab itulah tindakan mereka agak tidak konsisten dan melanggar dasar-dasar. Umno apabila dicabar Pakatan Rakyat buat pertama kali, mereka seperti hilang pegangan dan tenggelam timbul kerana mereka tidak pernah berhadapan dengan suasana sedemikian. Mereka dicabar Pakatan Rakyat dalam apa jua situasi sama ada di dalam Parlimen atau di luar Parlimen. Akhirnya mereka mengggelabah. Akibat menggelabah itulah Umno hari ini menjadi orang yang serba salah. Ini menjernihkan lagi supaya rakyat dapat menilai kecelaruan mereka yang tidak mempunyai haluan.

-Umno mengadakan program Juara Rakyat dengan menggunakan peruntukan kerajaan. Ini merupakan bentuk penyelewengan peruntukan kerajaan demi untuk meraihkan sokongan terhadap program yang mereka laksanakan.

Menggunakan peruntukan atau duit rakyat untuk kepentingan Umno memang telah lama dilakukan Umno. Hari ini amat ketara di bawah pemerintahan Najib, bercelaru sangat dan nampak seperti beliau hilang pedoman.

-Halangan polis terhadap ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 24 Januari lalu di Kerinci menunjukkan sudah bermula Umno mengekang pembangkang. Adakah Dato' Seri percaya tindakan polis seumpama ini akan berlaku lebih kerap terutama di majlis-majlis ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat?

Saya rasa halangan-halangan seperti ini akan berterusan. Polis akan meneruskan kerja-kerja menghalang setiap majlis Pakatan Rakyat. Mereka tidak mahu suasana ini seperti suasana 1999. Mereka sebolehnya tidak mahu senario seumpama itu berlaku semula. Mereka akan menggunakan pelbagai taktik untuk meredakan saikologi. Perang saikologi ini tidak nampak keterlaluan memihak di sebelah Pakatan Rakyat.

Jadi pihak polis akan digunakan untuk melaksanakan apa yang mereka buat pada 2004. Kami ditekan dengan pelbagai cara oleh pihak polis menyebabkan ceramah tidak dapat dilaksanakan.

Jadi, untuk itu kami kalah pada 2004. Jadi mereka cuba untuk mengulangi apa yang berlaku 2004 itu. Sebab itu jika mereka membenarkan sebagaimana yang berlaku pada 1999 atau 2008, memang peluan untuk Umno menang agak tipis. Mereka akan menggunakan apa sahaja bagi menghilangkan senario 1999 dan hari ini mereka menggunakan pendekatan ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

-Polis juga dilihat bertindak kasar kerana menangkap mahasiswa yang berhimpun di ibu negara kerana membantah proses pilihan raya kampus pada 23 Januari lalu. Adakah tindakan terhadap mahasiswa ini juga salah satu langkah Umno menghalang mahasiswa daripada bersuara dan mengkritik?

Sudah tentu. Jika mereka tidak berjaya menghalang mahasiswa, ini merupakan suatu kuasa yang akan membantu Pakatan Rakyat. Oleh itu mereka terpaksa menggunakan apa jua cara bagi menghalang pelajar menyebelahi Pakatan Rakyat. Apa yang dilakukan mahasiswa ini juga memberi 'back fire' kepada BN.

Mahasiswa ini agak terdedah. Jadi mereka terpaksa menghalang pelajar agar maklumat tentang ketidak telusan yang berlaku ini akan sampai kepada ibu bapa pelajar khususnya ibu bapa yang berada di kawasan pedalaman. Ibu bapa di pedalaman mungkin tidak tahu berita-berita seumpama ini. Sebab itu kita lihat Umno akan menggunakan polis untuk menghalang kegiatan pelajar kerana tidak mahu pelajar ini menyampaikan maklumat sebegini kepada ibu bapa mereka di pedalam. Jadi, pelajar ini ditekan dan dihalang.

-Kita juga melihat beberapa isu misteri yang masih belum selesai seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), projek landasan kereta api serta isu kehilangan enjin jet. Ketiga-tiga isu ini juga dilihat mencabar Umno kerana melibatkan 'jerung-jerung' dalam Umno. Dan Umno juga dilihat gagal memberi penjelasan mengenai kes-kes ini.

Kes-kes yang tidak selesai ini menggambarkan konflik dalaman BN. Ada di antara tindak tanduk mereka itu menggambarkan mereka cantas mencantas antara satu sama lain. Isu PKFZ, kenapa penyiasatan ke atas isu ini dilambat-lambatkan? Ini kerana ia melibatkan pimpinan MCA dan BN-Umno.

Jadi hingga hari ini kita juga melihat kemelut dalam MCA dengan sendiri menjejaskan BN. Kerana dalam MCA ada yang ingin mendedahkan siapa petualang dalam MCA yang sama-sama ingin bersengkokol dengan Umno yang melibatkan kehilangan wang rakyat begitu banyak. Jadi terdapat halangan kalangan pimpinan Umno yang tidak mahu MCA mendedahkan apa yang berlaku.

Jadi terdapat kumpulan-kumpulan yang ingin menyembunyikan maklumat tersebut kerana jika ia dibongkar akan mendatangkan akibat kepada MCA. Isu enjin jet hilang pula, ia didedahkan sendiri oleh Zahid Hamidi. Sepatutnya jika dia sendiri ingin menjaga imej Najib dan kes itu ditutup selama dua tahun, kenapa dia mahu mendedahkannya? Jika dia menyatakan 'saya tidak tahu kerana kes itu berlaku sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan' kenapa pula dia sengaja mendedahkan sekarang ini?

Dalam kalangan Naib Presiden Umno sendiri seperti Hishamudin, Zahid Hamidi dan Shafie Afdal, mereka mempunyai pergelutan untuk jawatan Timbalan Presiden atau jawatan Presiden itu sendiri. Zahid menggunakan kesempatan ini untuk mencemar siapa sahaja yang berada di atas untuk memperlihatkan dia menjadi hero di kalangan masyarakat.

Jadi, kita lihat ada pergelutan kuasa di kalangan Umno sendiri untuk menduduki tempat pertama dan kedua yang melibatkan kes kehilangan enjin jet. Ia seolah-olah 'buang batu sembunyi tangan' oleh menteri yang berkenaan.

-Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009 melarang media melaporkan kes-kes rasuah yang baru diadukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan suruhanjaya tersebut cuba melindungi perasuah iaitu 'jerung-jerung' yang memegang serambi kuasa (Umno). Bagaimana Dato' Seri melihat perkara ini?

Seksyen tersebut jelas dibuat dalam konteks untuk melindungi bukan hanya perasuah yang ada sekarang. Tetapi yang telah terlibat dalam aktiviti ini lima hingga enam tahun kebelakangan. Jadi apabila akta ini dibuat, kes-kes rasuah yang lepas-lepas boleh hilang begitu sahaja. Sebab itulah saya berfikiran akta tersebut kerana hendak melindungi perasuah-perasuah yang terkini. Tetapi yang pentingnya untuk melindungi mereka yang telah terlibat dengan kes ini lama dahulu.

-Dalam kes kalimah Allah, Umno ditonjolkan sebagai pejuang tulin dan memburukkan PAS. Adakah kerana mereka telah tersepit?

Ya, Umno dalam keadaan tersepit apabila menggunakan isu Melayu dan kerajaan perpaduan yang ditolak PAS. Jadi Umno terpaksa mencari jalan supaya dikaitkan dengan agama. Tapi oleh kerana mereka dalam keadaan memerlukan talian hayat sekarang ini, mereka percaya pada awalnya isu ini dipersoalkan di kalangan pemimpin PAS sendiri.

Tetapi Alhamdullilah PAS juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pendiriannya mengenai isu ini. Jadi apabila mereka tidak mendapat sokongan PAS mereka pun bercelaru. Mereka ingin memecah belah Pakatan Rakyat tentang isu kalimah Allah tetapi rupa-rupanya 'back fire' balik kepada mereka kerana kita dapat menggunakan isu tersebut sebagai 'bola tanggung' kepada PAS menerangkan kepada Umno tentang isu-isu ini.

Jadi nampak hari ini seolah-olah dalam kes kalimah Allah mereka harapkan PAS bersama dengan mereka. Tetapi apabila tiba-tiba PAS 'swing' untuk tidak menyebelahi mereka dan apabila kita mengatakan mereka tidak mempunyai hujah, itu menyebabkan mereka menggelabah

. Dalam isu ini, mereka ingin memelihara kesucian nama Allah tetapi dalam masa yang sama mereka juga yang memijak-mijak peraturan dan ajaran hukum Allah. Rasuah itu juga memijak hukum Allah dan menyalah guna kuasa. Mengikut Yusuf Qardawi ia adalah haram. Misalnya Rosmah Mansur sen

diri membuat perkara-perkara yang ditegah Islam. Pemakaiannya tidak mencerminkan unik Satu Malaysia. Sepatutnya Rosmah menutup auratnya di khalayak ramai. Tetapi perkara ini tidak ditunjukkan.

-detikdaily-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan