Anwar terus gerak sokongan di kawasan majoriti Melayu di Selangor

Neville Spykerman

KUALA SELANGOR, Feb 25: Dengan simpati masyarakat antarabangsa di sebelahnya, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan platfromnya sebagai penasihat ekonomi Selangor untuk terus mendampingi rakyat negeri itu.

“Kami berada di sini kerana kami mempunyai akses yang terhad kepada berita (menerusi media perdana),” kata ketua pembangkang ini pada ceramah perdana di sini dihadiri kira-kira 2,000 penyokong kebanyakannya kalangan orang Melayu malam tadi.

Kuala Selangor merupakan antara bahagian Parlimen dikuasai PR menerusi wakil PAS.

Selangor kini diterajui PR.

Hadir sama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar kini berhadapan dengan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Anwar menafikan tuduhan itu, yang kedua dalam 12 tahun dengan menyifatkannya sebagai konspirasi politik.

Anwar yang juga Penasihat PKR, salah satu komponen PR, berkata kunjungan beliau ke Kuala Selangor bukan sesuatu yang baru memandangkan ceramah terus diadakan bahagian pilihan raya di kawasan bandar dan pedalaman.

“Adalah penting untuk (terus) mendampingi (rakyat),” kata beliau sambil berkata majlis malam tadi berupaya diuruskan dengan baik walaupun dalam tiga hari.

Kata beliau, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang berhadapan dengan serangan politik bertubi-tubi oleh Umno, sebenarnya mahu menghadiri ceramah malam tadi tetapi terpaksa bergegas pulang ke George Town.

Anwar yang memperlihatkan keakraban dan kemesraan bersama hadirian diberikan tepukan gemuruh berdiri apabila membangkitkan pelbagai isu menyentuh negara sekarang, termasuk kehilangan dan kecurian dua enjin jet pejuang TUDM dan kapal selam.

Naskhah Mingguan Malaysia, edisi Ahad terbitan Kumpulan Utusan juga dibakar oleh penganjur yang menggesa agar media dimiliki Umno harus dipulau kerana liputan perbicaraan Anwar yang tidak adil.

Kemunculan Anwar malam tadi merupakan yang kedua berturut-turut di Selangor.

Kelmarin Anwar merasmikan program di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di Seksyen 19 Shah Alam yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Akhir minggu lalu Anwar melancarkan program pemulihan projek perumahan di kawasan Hulu Klang.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan