“Anwar !!! U Tunggu Je…..” - Najib

professor
Setelah berjaya dengan cemerlang di Perak , melalui kehakiman dan keputusan yang telah dibuat , iaitu " Zambri MB Perak yang sah " , maka sasaran Najib berikutnya sebelum ke Selangor , Kedah dan Pulau Pinang dan juga mungkin Kelantan . dalam masa terdekat ialah Anwar

Perbicaraan sudah berjalan , walaupun ditangguh sementara sehingga hakim yang mengendalikan kes ini membuat keputusan samada untuk meneruskan kehakiman atau menarik diri ekoran tindakan beliau menolak permintaan pihak Peguambela supaya hakim membuat keputusan iaitu surat khabar Utusan Malaysia sudah dan telah menghina mahkamah

Dengan keputusan penghakiman 5 berbalas 0 ,dalam hal Perak , ia jelas merupakan signal yang cukup kuat kepada ;-

1. Anwar

Mengapa Anwar menjadi sasaran NO.1 , bukan saja kepada Najib dan Mahathir malah kepda UMNO dan BN keseluruhannya ? Hanya Anwar bersama Pakatan dan rakyat marhaen yang menjadi penghalang dan boleh menggugat Najib , Rosmah, Mahathir , UMNO dan BN. Anwar juga lah yang boleh merebut Putrajaya kini , dan Nampak ada peluang ke arah itu. Selepas Anwar , PR sudah kelihatan tidak ada tokoh yang layak menyaingi Najib lagi. Itu adalah pandangan Najib.

Kepada pasukan Peguambela Anwar dinasihati supaya tak payahlah bersusahpayah , bertungkuslumus dan bermati – matian melakukan pembelaan. Cukuplah

Seluruh sistem mahkamah sudah dalam tangan Najib. Lihat dengan jelas , jangan samar – samar dalam hal ini.

2. Musuh – Musuh Najib Dalam UMNO

Walaupun katanya melalui persidangan agung khas UMNO tahun lepas , Najib telah berkata semua masalah dalaman UMNO sudah beres , segala – galanya sudah diselesaikan , tetapi hakikat yang belum belum mampu ia akui secara terbuka ialah musuh – musuh dari dalam selimut UMNO , yang turut mengimpikan kerusi Presiden partinya.

Tak mungkin Muhyidin yang lebih tua daripadanya menunggu begitu saja , menanti masa Najib menyerahkan jawatan tersebut. Kalau takdirnya Muhyidin yang mati dulu , bermakna tidak pejam rapat matanya kempunan kerusi dan jawatan Presiden. Itulah lumrah dalam parti yang sangat bermasalah sejak dari dulu lagi , iaitu semenjak Presiden pertamanya lagi.

Adakah Muhyidin akan lebih tunduk hormat kepada Nanib selepas ini ? Begitukah juga dengan Zahid Hamidi yang dikatakan juga berminat ? atau lain – lain pemimpin yang turut mempunyai impian sebegitu ?

Nampaknya begitulah dalam UMNO. Jadi terpaksalah Muhyiidn , Zahid dan lain – lain tu berfikir 2 kali dan lebih.

3. PR

Sudah semestinya Pakatan Rakyat adalah musuh yang baru dicipta selepas PRU-12 lalu. Gabungan PAS , PKR & DAP dikira pilihan terbaik untuk rakyat 1Malaysia membuat perubahan kerajaan , kata orang mencuba rasa pemerintahan Pakatan Rakyat pulak. Adakah ianya sama jahat dengan kerajaan UMNO/BN selama 50 tahun dulu ?. Adakah ianya sama zalim dengan kerajaan UMNO/BN selama 50 tahun dulu ?

Kepada Najib , mungkin dia boleh mendabik dada kini ,,,,,” siapa yang lebih berkuasa kini “? , “ siapa yang boleh menggugat aku kini …ha ha ha hah hah hah huh huh huh kah kah kah..” ?. Najib cukup yakin kini , tiada yang lebih berkuasa di bumi 1Malaysia kini , hanyalah dirinya !!!

Kepada anda sekalian , penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat , apa yang mampu tuan/puan sekalian buat ? Hanya melihat saja lah !!!!

Adakah dengan tindakan Najib di Perak ini dan setelah usaha memasong Anwar di mahkamah dan kelak nanti di penjara , akan membuatkan seluruh pimpinan PR menjadi takut , ketar lulut dan gementar dan berpeluh – peluh sampai ke keting ?

Adakah elok diteruskan semula rundingan dalam gelap yang dikatakan ;pernah’ dibuat sedikit waktu dulu diantara pimpinan kedua – dua parti induk BN dan PR ?. Mungkin ini sesuai untuk pemimpin yang lemah daya juangnya !!!!

Mungkin betul kata – kata Najib di atas , untuk Anwar “ U tunggu saja aku hantar ke Sungai Buloh ”…he he he !!!!!

Catatan

Bodoh bagi Najib melepaskan musuh yang sudah berada dalam kandang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan