Jang,Den nampak ke belakangan ini, ke-melayu-an sudah sewenang-wenangnya digunakan oleh orang-orang yang langsung tidak faham bahasa melayu, maka den meraso sudah sampai maso de untuk mengkaji kembali takrifan Melayu mengikut perlembagaan.
Den cadangkan takrifan Melayu adalah :
Den tak masukan beragama Islam, sebab cakap tentang kaum/etnik, kita membicarakan ras/keturunan. Faktanya, ramai saudara Melayu kita di alam nusantara yang tidak beragama Islam, tapi dari segi keturunan mereka adalah sahih orang Melayu.
Sekiranya ada orang Melayu yang berkahwin dengan orang yang bukan berasal dari nusantara, walaupun mereka beragama Islam (India, Arab, Turki dan lain), mereka tidak boleh ditakrif sebagai Melayu, sehingga keturunan mereka yang ke-tiga, itupun sekiranya anak mereka berkahwin dengan orang Melayu.
Barangkali isu yang cuba saya ketengahkan ini akan memeranjatkan banyak pihak. Kau kono ingat Jang, perlembagaan bukan al-Qur'an yang tidak boleh diubah-ubah.
Dari segi sentimennya, sudah terlalu lama bangsa kita Melayu dipermain-mainkan oleh orang-orang yang bukan berasal dari nusantara tapi mendabik dada lebih Melayu daripada orang Melayu. Sojak zaman kesultanan Melaka lagi Jang, punco balo de orang tu lah, fahamlah kau tu Jang.
Isu ini saya lontarkan untuk perbincangan jo, kok ado yang nak respon, kok tidak yo nak buek cam no, sobar jo lah den.
TUTUH JANG SAMPAI MONANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan