Bilik Khas Penjara Sungai Buluh Sedang Dibersihkan

professor
Mengikut berita online utusan Malaysia hari ini , Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa sampel air mani yang diambil dari dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menyatakan demikian semasa membacakan ucapan pembukaan dalam kes lliwat terhadap bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Pihak pendakwaan juga akan membuktikan kesalahan tertuduh melalui keterangan langsung daripada pengadu dan keterangan forensik daripada doktor-doktor dan ahli kimia serta keterangan mengikut keadaan dan dokumentari.

D
alam ucapannya, Mohd. Yusof juga memberitahu, kejadian bermula apabila pengadu masuk ke unit kondominium Unit 11-5-1 dan melihat Anwar sedang duduk di meja makan seorang diri.

Di kondominium tersebut pengadu telah diliwat oleh tertuduh dan pengadu kemudian meninggalkan unit tersebut kira-kira pukul 4 petang.

Berdasarkan kepada maklumat awal ini , Projek Liwat II ini dikira dibuat bukan secara main – main. Bermakna pihak pendakwaan , semacam betul – betul membuat persediaan yang cukup rapi.

Mungkin dengan dibantu oleh semua jentera kerajaan milik UMNO , maka tidak cukup ruang untuk Anwar dan juga pasukan peguamnya untuk melepasi diri.

Ini akhirnya akan menjustifikasikan Anwar terpaksa menghabiskan sisa hidup di Penajra Sungai Buluh.

Lupakan semua alibi , kepakaran pasukan peguam atau mengharapkan keadilan dalam Projek Liwat II ini. Sangat tipis sekali untuk Najib , Mahathir dan semua team UMNO untuk berundur , walaupun selangkah ke belakang atau ‘review’ semula semua perancangan sejak 1998 , malah lebih awal lagi.

Mahathir tersenyum bangga kini !!!!!!!!!! KLIK DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan