KOTA BHARU, 2 Feb: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi mengulangi kesediaan mengetuai Kaukus Parlimen mengenai royalti minyak yang dicadangkan Pakatan Rakyat.
“Setakat ini belum ada tindakan lanjut daripada anggota parlimen pembangkang berhubung penubuhan jawatankuasa tersebut,” katanya di sini semalam.
Tahun lepas anggota parlimen Pakatan sepakat mahu melantik Ku Li mengetuai Kaukus Parlimen membincangkan isu royalti minyak Kelantan.
Bagaimanapun sebelum veteran itu menyatakan kesediaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberi amaran awal kepada anggota Parlimen Gua Musang.
Razaleigh berkata, buat masa ini keputusan rasmi belum lagi dibuat kerana ia perlu dibincangkan bersama anggota parlimen terutama dari negeri-negeri yang mengeluarkan minyak.
Menurutnya, kebanyakan negeri diwakili anggota parlimen dari Barisan Nasional (BN) kecuali Kelantan.
“Kalau kira dari bilangan pun majoritinya masih lagi BN, jadi tidak ada apa yang hendak ditakutkan apabila Kaukus minyak ditubuh,” ujarnya.
Ku Li juga berkata, beliau berhasrat memperluaskan Kaukus tersebut dari segi kedudukan kewangan ekoran berlaku kemelesetan ekonomi dunia.
“Taraf kehidupan rakyat, masalah anak-anak kita masa hadapan dan sebagainya juga perlu dibincang bukan hanya masalah royalti semata-mata,” katanya.
Ketika mendedahkan isu minyak pada ceramah di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam Jumaat lalu, Ku Li menyatakan kesanggupan untuk mengetuai Kaukus Parlimen royalti minyak.
Ekoran kenyataan Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu, Umno mendesak supaya ditarik balik kenyataannya yang menyokong royalti kepada Kelantan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan