Beliau berkata ini kerana Islam tidak menegah seseorang daripada menghayati hiburan, asalkan tidak melalaikan kerana ia sudah menjadi fitrah yang dianugerahkan Allah kepada setiap manusia.
“Malah, Nabi Muhammad (SAW) sendiri pun mempunyai sifat untuk berhibur, tapi mengikut caranya tersendiri. Sejak kita (PAS) mentadbir negeri ini 20 tahun lalu, kita tidak menyekat pertunjukan hiburan di negeri ini, cuma mengawal dari segi syarat-syarat dan peraturan supaya tidak bercanggah dengan Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meraikan selebriti TV3, Wardina Safiyyah dan Pengarah Filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’, Habibul Rahman di sini hari ini.
Oleh itu, kata Nik Aziz, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk membolehkan rakyatnya menikmati hiburan mengikut peraturan.
Ditanya syarat pertunjukan hiburan di negeri ini yang agak ketat menyebabkan artis dan penganjur tidak berminat mengadakan pertunjukan di Kelantan, Nik Aziz berkata ia terletak kepada mereka.
“Jika artis wanita yang datang ke sini boleh pakai tudung kepala dengan baik, tidak ada sebab mereka tidak boleh mengadakan pertunjukan hiburan di negeri ini jika mereka boleh ikut peraturan yang ditetapkan mengikut enakmen
hiburan seperti yang digariskan oleh pihak berkuasa agama negeri ini,” katanya.
Sementara itu, Wardina berkata beliau amat bertuah kerana dapat berjumpa dengan Nik Aziz, yang menghargai kehadirannya ke negeri ini sebagai ikon kepada persembahan hiburan Islam.
“Saya rasa bertuah dapat berjumpa dengan Datuk Nik Abdul Aziz,” katanya.
-malaysianinsider-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan