DJ IKIM terpaksa pinjam duit kerana tak dibayar gaji 2 bulan

Herman Samsudin

Jika semalam saya bertanya kepada IKIM tentang bayaran gaji mantan Pengarah Radio IKIM, hari ini saya nak tanya pula tentang bayaran gaji kepada DJ radio yang belum dibayar sejak Januari 2010. Maknanya sudah 2 bulan mereka tidak bergaji. Nampaknya tindakan IKIM ini melampaui amanat Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah agar para majikan memberikan upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya.

Jika dua bulan tak dibayar gaji, bukan sahaja peluh yang kering. Perut juga boleh kering. Bayangkanlah kesusahan mereka yang ada anak-isteri yang perlu ditanggung. Sampai bila mereka kena meminjam dari saudara mara. Saya simpati dengan nasib mereka yang bekerja bersungguh-sungguh untuk meninggikan syiar Islam, namun dilayan seperti hamba abdi pula.

Radio IKIM kini mempunyai 17 orang DJ atau penyampai radio dengan 11 orang adalah kakitangan tetap dan 6 lagi adalah DJ sambilan (part time).

Tidak guna IKIM menafikan terus menerus apa yang saya katakan ini. Tunjukan bukti pembayaran gaji 17 orang DJ ini kalau benar mereka ada buat bayaran. Beranikah akauntan IKIM tunjukan bukti itu?

Seperti yang saya sebut semalam, pendapatan Radio IKIM setiap tahun hampir tiga juta, tapi kenapa gaji DJ Radio tidak dibayar. Kebiasaannya perkara sebegini hanya berlaku bagi syarikat-syarikat swasta yang dah nak bankrap, adakah IKIM mengalami masalah kewangan sampai tak mampu bayar gaji? saya sekadar bertanya…harap IKIM menjawab….bayar jangan tak bayar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan