Inkues Teoh: Porntip, Vanezis beri keterangan bulan depan

Shazwan Mustafa Kamal

SHAH ALAM, 10 Mac — Pakar forensik dari Thailand Dr Porntip Rojanasunand yang memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock pada Oktober lalu sehingga membawa kepada bedah siasat kali kedua akan muncul semula 20 April ini.

Porntip, yang kini merupakan pengarah Institut Sains Forensik yang berpejabat diBangkok, dilantik oleh kerajaan negeri Selangor tahun lalu untuk meneliti laporan bedah siasat pertama disediakan oleh Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Dalam keterangannya 21 Okt lalu, beliau berkata Teoh kemungkinan mangsa dibunuh, kenyataan yang bercanggah dengan perakuan Khairul Azman dan Dr Prashant dalam laporan mereka.

Justeru, koroner mengarahkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kali kedua oleh Dr Shahidan Md. Noor dari Hospital Sungai Buloh.

Selain itu koroner juga menetapkan 26 dan 27 April untuk seorang lagi pakar patologi, Dr Peter Vanezis untuk memberi keterangan.

Vanezis dari United Kingdom dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga memerhatikan proses bedah siasat yang dijalankan oleh Shahidan.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah sepatutnya hadir sebagai saksi seterusnya dalam inkueas Teoh tetapi perkembangan terbaru dalam kesnya dengan SPRM sesi memberi keterangan beliau ditangguhkan.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan