Keadaan sedang menjadi lebih menarik kini. Kejadian dan peristiwa keluar parti di kalangan MP dan ADUN Pakatan Rakyat , khususnya dari PKR sedang memasuki fasa baru.
Dalam beberapa minggu ini , nampaknya Najib betul – betul menunjukkan kuasa. Dalam peristiwa yang lepas nampaknya Najib sedang berkuasa dan lebih berkuasa. Itu kefahaman orang – orang UMNO.
Bermula hari ini dan seterusnya keadaan akan menjadi mungkin seimbang. Najib tentu akan berusaha mengubah strategi.Ini kerana , sebaik sahaja Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri bertindak mengumumkan keluar PKR , beliau telah diberikan tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah. Ini ditegaskan oleh Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Menurutnya lagi , jika tidak maka akan dianjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.
Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya . Sama – sama lah kita lihat selepas ini samada Najib masih berkuasa , menunjukkan kuasa dan terus berkuasa , dan nampak seolah – olah sudah dan sedang mengatasi kuasa Allah.
Najib mungkin telah dan sedang berfikir Tuhan takut , sebab tu dia berani dan bertambah berani , sehingga terserlah kejahatannya. Nauzubillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan