Tee Keat DiRamal Kekal Jawatan Presiden MCA

FreeMalaysiaToday

PETALING JAYA: Presiden MCA Ong Tee Keat muncul sebagai calon diminati ramai untuk mengekalkan jawatannya pada pilihan raya parti di Dewan MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 28 Mac ini.

Kaji selidik meliputi 805 rakyat Malaysia berusia lebih 21 tahun menunjukkan 34% responden memilih Tee Keat untuk memimpin parti itu, demikian menurut kajian terbaru Merdeka Centre.

Sebanyak 30% dari kalangan masyarakat Cina memilih Tee Keat, berbanding hanya 15% yang memilih Ong Ka Ting untuk kembali sebagai presiden dan 12% memilih Dr Chua Soi Lek.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada Tee Keat akan memenangi jawatan presiden Ahad ini, hanya 14% responden Cina menjawab "ya", manakala 37% menjawab "tidak" dan 47% menjawab "tidak tahu".

Respon India dan Melayu nampaknya lebih optimistik peluang Tee Keat memenanginya, masing-masing pada 55% dan 4%.

MCA masih relevan

Mengenai peranan parti itu, sebanyak 67% daripada respon masyarakat Cina di seluruh negara menganggap parti itu masih relevan dan menimbulkan isu-isu yang penting bagi mereka.

Hampir separuh daripada responden atau 43% bersetuju "ada orang" yang mencetuskan krisis MCA kerana Tee Keat telah memulakan siasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)

Apabila ditanya sama ada keputusan Tee Keat untuk mengarahkan siasatan skandal PKFZ telah "memperbaiki" atau "merosakkan" reputasi MCA, responden secara keseluruhannya, terikat masing-masing pada 39%.

Yang menarik, kebanyakan responden dari kalangan masyarakat Cina dan India bersetuju skandal PKFZ telah memperbaiki imej MCA manakala kebanyakan responden Melayu menyatakan sebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan