TUAN GURU NIK AZIZ BAKAL GANTI DS ANWAR?

Wan Fauzdin

DS Anwar kini berdepan dengan cabaran maha hebat bukan sahaja sedang berjuang untuk mempertahankan maruah diri dan keluarganya apabila berdepan dengan fitnah liwat kali ke dua, tetapi beliau juga kini sedang bergelut dengan serangan musuh politiknya agar beliau terpenjara agar PR akan tempang tanpa tokoh reformasi ini. Justeru itu, pimpinan di dalam PR wajib bersedia mulai sekarang dengan beberapa plan alternatif sekiranya sesuatu berlaku kepada DS Anwar.

Meskipun DS Anwar tegas berkata, kali ini beliau tidak akan membenarkan dirinya terpenjara, begitu juga dengan beberapa pimpinan di dalam PR yang berjanji akan membela DS Anwar walau dengan apa jua sekalipun, kita harus bersiap siaga mulai sekarang untuk menentukan perjuangan menuntut keadilan tidak terhenti begitu sahaja. Blog ini cuba untuk mendapatkan pandangan beberapa pengunjung berkaitan isu siapakah yang layak menjadi Ketua Pakatan Rakyat sekiranya terjadi sesuatu ke atas DS Anwar. Berikut adalah bentuk soalan yang dikemukakan beserta keputusan Poll yang diperolehi:

"Di takdirkan DS Anwar terpenjara, siapakah tokoh paling layak menjadi Ketua Pakatan Rakyat? "

Tuan Guru Nik Aziz - 62 %
Tuan Guru Hj Hadi - 12 %
DS Wan Azizah - 6 %
Lim Kit Siang - 4 %
Calon-Calon Lain - 12 %

Jumlah Pengunjung Yang Mengundi - 381 orang..

- Wan Fauzdin

http://wfauzdin.blogspot.com/2010/03/tuan-guru-nik-aziz-bakal-ganti-ds-anwar.html

10.03.2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan