Umno 'mencengkam' Batu, Gerakan resah

Dalam menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di parlimen Batu, Umno bahagian itu dengan cepat 'merampas' jawatan ketua bahagian Batu BN daripada Gerakan.

Ini petanda pertama Gerakan mula hilang cengkamannya ke atas kerusi parlimen itu yang diduduki lebih 22 tahun.

Menurut sumber
tian chua freed from police prison 090307 torn shirtdari Gerakan, ketua Umno bahagian Batu, Yahya May Ghani dilantik sebagai ketua BN bagi kawasan parlimen itu Jumaat lalu.

Jawatan itu sebelum ini dipegang oleh ahli parlimen Batu, Ng Lip Yong sehingga kerusi Gerakan itu dirampas oleh Tian Chua (
kiri, berbaju putih) dari PKR pada pilihan raya umum 2008. Sejak itu, jawatan berkenaan dibiarkan kosong sehingga Jumaat lalu.

Perlantikan itu dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati yang tebal di kalangan ahli Gerakan di Batu.

Seorang ahli menyifatkan perkembangan terbaru itu sebagai ”amat buruk”.

"Pada peringkat bahagian, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya tanpa mahu mendedahkan identitinya.

Ger
gerakan youth agm 2006akan khuatir kerusi Batu mungkin diberikan kepada Umno kerana lazimnya, ketua bahagian BN akan dipilih sebagai calon kerusi berkenaan.

Kebimbangan mereka memuncak apabila khabar angin bertiup kencang mengenai kemungkinan pilihan raya kecil di Batu.

Oktober tahun lalu, Tian Chua dijatuhkan denda RM3000 dan penjara enam bulan kerana kesalahan menggigit seorang anggota polis. Dia akan hilang kerusi parlimennya itu jika permohonan rayuannya ditolak.

Batu terletak di wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Sejak diwujudkan pada 1986, ketua bahagian BN telah dipegang oleh Gerakan sehingga 2008.

Menurut sumber Gerakan lagi, ketua bahagian BN menguasai sumber-sumber kerajaan termasuk pengagihan dana.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan