3 Persamaan Pembunuhan budak 15 tahun (Aminulrashid), Teoh, Altantuya dan Kugan

dewa
Seorang budak kecik 15 tahun di tembak mati oleh polis. Seorang ahli DAP mati jatuh/dicampak dari tingkat 14. Seorang model Monggolia mati dibom. Seorang India mati dalam tahanan. Apa persamaan kes-kes ini yang mesti anda ketahui?

1. MEDIA PENGAMPU AKAN DIVERT PERHATIAN

Terdesak membela politikus korup dan polis, media akan segera memutarkan isu memburukkan si mangsa. Ayat lazim media barua UMNO ialah cuba mempamerkan keburukan si mati dan dengan mereka-reka cerita. Contohnya, sekalipun Teoh disahkan oleh SPRM sebagai saksi sahaja, media memutarkan cerita dengan mengaitkan Teoh dengan kes rasuah RM200 dalam isu pembelian bendera. Jahanam punya media UMNO.

2. ISU INI AKAN DI BAN

Sesiapa yang cuba membawa isu ini ke tengah akan dikenakan tindakan. Contohnya isu Altantuya. Di Parlimen pun tidak boleh dibincangkan isu pembunuhan kejam model ini demi menjaga imej buruk Najib.

3. Akan ada cover up.

Contohnya kes pembunuhan budak 15 tahun ini. Belum apa-apa media UMNO sudah menggambarkan beliau sebagai penjenayah besar dan kononnya pelbagai senjata seperti parang ditemui. Begitulah Malaysia.

Masih terngiang-ngiang alasan seorang kenalan penulis yang juga penganut UMNO yang sedang membuat ijazh kedoktoran bahawa pembunuhan Altantuya perlu kerana dia pernah mendengar cerita kononnya Altantuya merupakan ejen CIA.

Begitulah perangai ahli UMNO, ketagihan memfitnah. Sekalipun bukti jelas wujud berhubung kaitan UMNO-APCO, mereka masih suka membawa fitnah. Golongan ulamak seperti Tok Guru Nik Aziz cukup dibenci oleh mereka.

Golongan Melayu UMNO yang setia kepada UMNO dan benci kepada ulamak seperti Melayu UMNO Hulu Selangor pasti mendapat balasan dari Allah suatu hari nanti.

Apa pun, kita berdoa mereka diberi hidayah.

-tko-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan